`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, April 14, 2013

Menangani Skandal : Ketegasan BN Lawan Munafik PAS


The following is modified from Sheikh Kickdefella's : Kebalkah Mustafa Ali, Setiausaha Agung Pas?   

Mari kita ingat pasal DP Vijandran, Tan Sri Rahim Thamby Chik, Tan Sri Abu Hassan Omar dan Chua Soi Lek.  Siapa mereka? 

Mereka semua adalah pemimpin politik Barisan Nasional yang pernah dikaitkan dengan skandal seks dan karier politik mereka berkubur kemudiannya. 

Ya, ramai diantara kita tidak berpuas hati dengan tindakan kerajaan, kerana kita mahu mereka disebat, direjam dan kemudian diseret telanjang bulat di khalayak ramai sebab mereka adalah pemimpin yang tidak bermoral, kata kita.  Kita desak pelbagai suruhanjaya. Kita desak pelbagai siasatan dan kita desak mereka dihukum.

1. DP Vijandran (Setiausaha Agong MIC / Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Barisan Nasional): Karier Politik Terkubur


Kes skandal rakaman video aksi seks DP Vijandran menjadi hangat pada tahun 1989. Vijandran yang merupakan Timbalan Speaker Dewan Rakyat dan bekas Setiausaha Agung MIC kemudian melepaskan semua jawatannya sebelum dijatuh hukuman pada 1996. Vijandran merayu dan menang tetapi karier politiknya berakhir.

Tidak ada sesiapa pun dari MIC atau BN berkata 'tidak perlu siasat video Vijandran kerana ianya palsu dan perangkap politik'

2. Tan Sri Abu Hassan Omar (UMNO / BN / Menteri Besar Selangor) : Karier Politik Terkubur


Ketika menjadi MB Selangor telah berdepan dengan khabar angin yang mengatakan beliau mempunyai anak luar nikah. Berita itu tersebar menerusi satu artikel dari tabloid di Indonesia. Abu Hassan meletakkan jawatan atas alasan kesihatan dan karier politiknya berakhir.

Walaupun TIDAK ADA video atau foto atau ujian DNA pada masa itu, tidak ada siapa pun dari UMNO atau BN berkata 'tidak perlu siasat tuduhan terhadap Abu Hassan Omar'.    Siasatan tetap dilakukan dan Abu Hassan meletak jawatan.

3. Tan Sri Rahim Thamby Chik (Naib Presiden UMNO / Barisan Nasional / Ketua Menteri Melaka) - Karier Politik Terkubur



Disabitkan kesalahan kerana kononnya mengadakan hubungan seks dengan seorang gadis bawah umur. Gadis itu membuat laporan polis terhadap 25 orang lelaki dan 11 daripada mereka di dapati bersalah. Pada tahun 1994, Rahim disahkan bebas dari sebarang pertuduhan seperti yang dihebahkan tetapi karier politiknya berakhir.

Walaupun TIDAK ADA video, foto atau bukti DNA terhadap Rahim Thamby Chik dan walaupun Rahim adalah "blue eyed boy" Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamed, tidak ada siapa pun dari UMNO atau BN berkata 'tidak perlu siasat Rahim Thamby Chik kerana ianya palsu dan perangkap politik.'


4. Anwar Ibrahim - (Timbalan Presiden UMNO 1998 / Barisan Nasional / Timbalan Perdana Menteri 1998) : Karier Politik Dalam UMNO & BN Terkubur



Pada pertengahan 1990an, pembangkang meniup kencang khabar angin mengenai moral Timbalan Presiden UMNO yang juga Timbalan Perdana Menteri. Timbalan Perdana Menteri itu ialah Anwar Ibrahim. Pemimpin PAS menggelarkan Timbalan Perdana Menteri itu sebagai ‘al juburi’ dan menggesa siasatan dibuat. Dalam perbahasan Parlimen, Karpal Singh pemimpin DAP menyoal moral Anwar dan penglibatannya dalam kegiatan homoseks.  Kesudahannya Anwar dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri dan kemudian dibuang dari UMNO dan Barisan Nasional.

5. Chua Soi Lek (Presiden MCA, Barisan Nasional / Menteri Kesihatan) : Karier Politik Terkubur.


Pada 2007, Menteri Kesihatan Chua Soi Lek meletakkan jawatannya dan mengakui dia adalah lelaki di dalam video skandal seks di Johor. Chua Soi Lek tidak bertanding pada pilihanraya 2008 dan juga tidak akan bertanding dalam PRU Mei 13.


Demikianlah cara Barisan Nasional menangani kes pemimpin politik yang sah terlibat dalam skandal seks atau salah laku seks. Siasatan dibuat dan bila didapati salah pemimpin yang terlibat akan terima padahnya - karier politik mereka terkubur. 

Sekarang mari kita melihat cara Pakatan Rakyat, terutama sekali PAS menangani kes pemimpin politik yang menghadapi tuduhan atau disyakki terjebak skandal, salahlaku seks, berzina dengan pelacur dan homoseks.

6. Mat Sabu - Timbalan Presiden PAS /  Ahli Parlimen PAS dan calon Parlimen pada PRU13.  Karier politik dalam PAS dan Pakatan Rakyat Gemilang, Terbilang dan Temberang. 


Mat Sabu pernah ditangkap berkhalwat dengan seorang wanita dalam Bilik 121, Hotel Perdana, Kota Bharu. Anehnya dia ditangkap oleh pegawai petugas kerajaan PAS sendiri.  Sebelum kes didakwa di mahkamah syariah, Nik Aziz Nik Mat Mursyidul Am PAS dan Menteri Besar Kelantan telah mendengar dan menerima "alasan" Mat Sabu dan pasangannya kenapa mereka berdua-duaan dalam bilik hotelMat Sabu dan pasangannya kemudian didapati tidak bersalah oleh mahkamah syariah Kota Bharu atas alasan teknikal yang remeh.

Dan terdapat juga orang PAS yang menuduh UMNO kerana Mat Sabu berkhalwat  - "Ini semua politik longkang. Ini semua salah UMNO."   


7. Anwar Ibrahim - Ketua Umum PKR, Ketua Pembangkang.  Karier politik dalam PKR dan Pakatan Rakyat hidup semula Gemilang, Terbilang dan Temberang. 



Apa jadi kepada Anwar selepas dibuang oleh UMNO? Anwar dipikul dan dijunjung oleh pembangkang sehingga ke hari ini. Anwar terus terselamat kerana PAS kata segala bukti foto, video (termasuk yang disahkan oleh Polis sebagai tulen)  tidak perlu diterima oleh PAS dan Pakatan Rakyat atas alasan ia hanyalah untuk menjatuhkan Anwar.   "Tak perlu siasat. Itu semua palsu.  Ini semua politik longkang. Ini semua salah UMNO.  "

8. Kes timbalan & orang kanan PKR.  Karier politik dalam PKR dan Pakatan Rakyat masih Gemilang, Terbilang dan Temberang.



Kemudian keluar pula foto-foto intim orang kanan parti PKR dengan seorang perempuan di ruang tamu dan di dalam bilik air.  Kes ini juga tidak diambil peduli atau diambil sebarang tindakan atas alasan  "Tak perlu siasat. Itu semua palsu. Ini semua politik longkang. Ini semua salah UMNO."

9. Kes pemimpin tinggi PAS berzina dengan pelacur.  Karier politiknya dalam PAS dan Pakatan Rakyat masih Gemilang, Terbilang dan Temberang.


Yang terkini pula ahli PAS terkejut beruk melihat video seks seorang lelaki yang sebijik menyerupai pemimpin tinggi Parti Islam SeMalaysia (PAS). Dengan segera presiden PAS Hadi Awang, naib presiden PAS Husam Musa dan pemimpin PAS yang lain berkata "Tak perlu siasat. Tak ada apa hendak diceritakan.  Itu semua palsu. Ini semua politik longkang. Ini semua salah UMNO. "

Habis bagaimana pula dengan Vijandran, Rahim Tamby Chik, Abu Hassan Omar dan Chua Soi Lek? Itu konspirasi siapa pula? Mereka disiasat dan ditamatkan karier politik mereka oleh kerajaan BN sendiri. 

Jadi jelaslah PAS sebenarnya munafik atau hipokrit paling besar kerana sifat bermuka-muka.

Hentikan kepura-puraan. Allah beri kita mata untuk melihat, telinga untuk mendengar dan akal untuk berfikir. PAS tidak perlu menjatuh hukum ke atas sesiapa pun tetapi PAS perlu berlaku adil.

"..dan apabila kamu memberi keterangan (menjadi saksi) maka hendaklah kamu berlaku adil, sekalipun orang itu ada hubungan kerabat (dengan kamu); dan perjanjian Allah hendaklah kamu sempurnakan. Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu beringat." Surah Al An'aam Ayat 152.

Jadi apabila memberi keterangan terhadap sebarang tuduhan atau kemusykilan manusia perlu berlaku adil, sekalipun terhadap kaum kerabatnya sendiri. 

Tapi PAS pula kata :  "Tak perlu siasat. Tak ada apa hendak diceritakan.  Geng kami semua garenti maksum. Orang lain yang jahat."  Itulah tanda munafik.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.