`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, April 16, 2013

Nasharuddin Mat Isa Akan Tanding Atas Tiket Umno

KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan tidak menafikan pihaknya bakal meletakkan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa mewakili parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

"Mungkin, saya tidak dapat nyatakan senarai itu (kerana esok akan diumumkan)," katanya dalam wawancara khas di pejabatnya di sini, semalam.


Nama Nasharudin ditanyakan terus kepada Ahmad memandangkan BN mengumumkan meletakkan 31 peratus calonnya kali ini dari kalangan profesional dan ulama.

Nasharudin atau lebih dikenali dengan panggilan Ustaz Nasha, yang dipecat dari Majlis Syura Pas - dilihat antara ikon yang cukup menyerlah dan "mesra" Barisan Nasional.

Pada tahun 2008 beliau bertanding di Bachok.

Gambar beliau bersama Pengerusi BN yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika lawatan ke luar negara mengundang kritikan keras pimpinan Pas.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata, pihaknya menerima banyak nama calon yang layak, namun yang terpilih itu adalah yang terbaik daripada yang terbaik.

Ditanya apakah mesej yang cuba disampaikan dengan mengetegahkan golongan ulama ini, Ahmad berkata, ia bukanlah perkara yang baru cuma dari segi jumlahnya, ia bertambah untuk kali ini.

"Kita ini sensitif kepada suasana semasa. Kalau kita perlu di kawasan-kawasan tertentu ini calon dari kumpulan tertentu, maka kita akan pilih dari kalangan itu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.