`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Saturday, April 27, 2013

PECAH BERITA! Calon BN Saratok Makin Terdesak! Najib Makin GOYANG Di Sarawak! [video inside]




Belum pernah dalam sejarah pilihan raya umum di Sarawak, seorang calon parlimen sanggup berbuat sesuatu mirip apa yang dilakukan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat kira-kira 23 tahun lalu.

Ini bakal memecah rekod sebagai suatu kejutan terbesar kerana melihatkan sokongan yang diberikan kepada calon KEADILAN, Ali Biju yang semakin mara di antara parlimen terbesar di negeri ini.

Sebentar tadi, calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi parlimen Saratok, William Mawan Ikorn mengumumkan beliau akan menyumbangkan semua elaun parlimennya jika kerusi berkenaan dalam pilihan raya umum ke-13 pada 5 Mei ini. 

Perkara ini diumumkan di hadapan BEKAS perdana menteri, Najib Razak yang baru saja tiba tetapi disambut dingin oleh penduduk setempat.

Buktinya lihat saja gambar yang dipetik dari laman akhbar Berita Harian edisi dalam talian yang menunjukkan jurugambarnya hanya berani merakamkan sambutan terhadap Najib secara dekat dan bukannya dari jarak jauh seperti kebiasaannya.

Ini pula merupakan suasana suram yang sempat dirakam seorang petugas KEADILAN di sana kira-kira jam 8.45 pagi tadi waktu tempatan.

William yang kini mula risau akan kebangkitan rakyat Saratok tidak melepaskan peluang menyerang musuhnya kerana Ali merupakan ADUN Krian, salah satu dari tiga DUN yang berjaya dimenangi KEADILAN dalam pilihan raya negeri April tahun lalu.

Tidak sampai 24 jam Ketua Umum KEADILAN, Anwar Ibrahim tiba dengan sorakan dan sambutan hangat, gambar di atas menceritakan segala-galanya terhadap penerimaan Najib sebagai pemimpin negara.

Jangan ada yang memperlekehkan masyarakat Saratok kerana mereka juga mengetahui hasil kajian yang dikeluarkan Pusat Kajian Politik Universiti Malaya (UMCEDEL) yang memperlihatkan sokongan kepada Anwar sebagai perdana menteri mendahului Najib sebanyak empat peratus. 

Jika dilihat dari suasana perang poster pula, Ali mendahului William dari segi bilangan petugas pilihan raya kesan daripada kemenangan mengejut dalam pilihan raya negeri lalu.

Sedangkan hadirin yang datang ke majlis Najib diupah dengan RM20 dan sehelai t-shirt 1Malaysia dengan nama Najib dan William tertera di hadapannya.

Walaupun hebahan telah pun dibuat sejak hampir seminggu lalu, penduduk pekan itu seakan tidak teruja dengan kehadiran Najib kerana Anwar yang sudah pun menyampaikan ucapannya petang semalam lebih dipercayai penduduk.

Tawaran Anwar agar harga minyak dan harga barang diturunkan mendapat tepukan dan sorakan dari hamprir seluruh penduduk Saratok terutamanya di Kampung Kabong yang setakat ini saingannya sangat sengit antara Ali dan William.

Kesemuanya berteriak bersama Anwar dengan menyebut 'Ini Kali Lah' dan mendapat tepukan gemuruh yang pastinya menggerunkan William yang memberitahu Najib mengenai sambutan yang diberikan terhadap Ketua Umum KEADILAN itu.

Paling memalukan apabila Najib mengumumkan peruntukan RM8.8 juta bagi kerja naik taraf sistem bekalan air di Saratok yang sebelum ini kerap mengalami gangguan disambut dengan sorakan 'boo' diikuti ketawa dari arah belakang, dipercayai penyokong BN sendiri yang difahamkan tidak memperolehi upah menjalankan kempen sejak seminggu lalu.

Masalah yang sudah berlarutan lebih 25 tahun ini baru mendapat perhatian Najib sedangkan William yang bersenang-lenang di Kuala Lumpur sejak menjadi ahli parlimen pada 2004 adalah punca mengapa penduduk Saratok semakin benci kepadanya.

Untuk bukti bagaimana sambutan Anwar di Saratok petang semalam, saksikan video di bawah.

INI KALI LAH TUKARRR!!

TEAM JALAN PULANG, SARAWAK


- King of Goblok

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.