`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Saturday, April 20, 2013

PECAH BERITA! ENAM Calon Pakatan Rakyat Sudah Menang Tanpa Bertanding?



Ini berita yang baru diterima setengah jam lepas.

Seorang ketua bahagian Umno di selatan tanah air memaklumkan bahawa setakat ini enam calon Pakatan Rakyat dipercayai menang tanpa bertanding.

Ini termasuk seorang calon Barisan Nasional (BN) di salah satu DUN dalam parlimen Batu Pahat yang dikatakan ditolak kertas pencalonannya kerana masih lagi dalam status muflis.

Namanya dipercayai masih tersenarai dalam Jabatan Insolvensi Malaysia dan masih belum dibersihkan.

Pegawai pengurus pilihanraya yang bertugas difahamkan telah menolak borang pencalonannya menyebabkan calon Pakatan Rakyat menang tanpa bertanding.

Sekiranya maklumat ini disahkan, ini bermakna Umno bakal kehilangan lebih banyak sokongan di seluruh negara kerana setakat ini, Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) masih belum mengeluarkan senarai terkini calon yang disahkan bertanding di laman webnya.

Pasukan Jalan Pulang sedang mencari sumber kedua untuk disahkan apakah enam calon Pakatan Rakyat benar-benar sudah menang tanpa bertanding.

Lima lagi calon BN juga dipercayai mengalami masalah yang sama menyebabkan kertas pencalonannya ditolak pengurus pilihanraya.

Terbaru, beberapa calon BN di negeri di Semenanjung Malaysia juga berdepan dengan keadaan tidak layak bertanding tetapi ia masih dalam proses pertimbangan peguam SPR.

Sementara itu, berikutan keputusannya bertanding sebagai calon Bebas, Naib Ketua Wanita Umno, Kamilia Ibrahim serta-merta meletakkan semua jawatannya dalam Umno dan BN.

Lagi maklumat lanjut menyusul.

TAKBIR! 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.