`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Friday, April 26, 2013

PECAH BERITA! Geng 'Blok B4' Putrajaya Mengganas Lagi?



Belum cukup dengan penggantungan kain rentang provokasi yang mudah dikesan, kali ini risalah fitnah dalam bilangan ribuan turut tersebar.

Menurut calon KEADILAN parlimen Kuantan, Fuziah Salleh, beliau memperolehi maklumat lebih seribu risalah dalam bentuk buku bercetak warna diedarkan di beberapa buah masjid sekitar bandar itu.

Buku yang bertajuk "GEMPAK" (Gerakan Menolak Penipuan Pembangkang) dan buku kecil bertajuk "50 Dalil Pakatan Tidak Layak Jadi Pemerintah" ditabur di pintu masuk Masjid Bukit Sekilau, Kuantan dan beberapa masjid sekitarnya.

Menurut Fuziah dalam laman Facebooknya memberitahu:

Fuziah Salleh [Admin] Risalah yg diedarkan oleh pihak lawan utk memburuk2kan Pakatan Rakyat di Masjid Bukit Sekilau semasa solat jumaat tadi.Byk betul duit diorg,siap print colour lg..budaya memfitnah ini sudah menjadi budaya mereka dlm Barisan Nasional.


Kedua-dua buku tersebut yang hanya mahu dikenali dengan nama GenPrima (Gerakan Generasi Prihatin Prima) mendakwa buku tersebut diterbitkan mereka dan sasarannya adalah umat Islam dan orang Melayu sekitar Pahang dan Terengganu.

Kumpulan mereka didakwa menyebarkan risalah fitnah tersebut semasa solat Jumaat dan ada di antaranya diletakkan di cermin kereta atau di bakul motosikal bagi mengelak identiti mereka dikesan.

Modus operandi mereka mirip tindakan Kumpulan 'B4' iaitu bilik perang dan jentera propaganda Barisan Nasional (BN) di Putrajaya yang kini beroperasi 24 jam sehingga hari pembuangan undi 5 Mei ini.


Antara kandungan dalam risalah tersebut bertujuan melaga-lagakan pemimpin Pakatan Rakyat seperti Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan Tuan Guru Abdul Hadi Awang dengan fakta dan kenyataan yang tidak masuk akal.

Sebelum ini beberapa blog turut mendedahkan kegiatan kakitangan Blok B4 antaranya di sinilah mereka mencetak risalah, kain rentang dan mencipta propaganda palsu bertujuan untuk menakut-nakutkan pengundi dan memecah belahkan perpaduan dalam Pakatan Rakyat.


Dipercayai kumpulan ini akan terus menyebarkan berita palsu dan fitnah tanpa merasa bersalah kerana BN kini hanya bergantung kepada pendatang asing Bangladesh dan Nepal untuk menyelamatkan mereka pada hari mengundi nanti.

Ketua Pengarah unit propaganda ini merupakan seorang yang berpengaruh di satu jabatan kerajaan di Putrajaya dan dipercayai memperolehi akses terus kepada BEKAS perdana menteri, Najib Razak dan Ketua Polis Negara, Ismail Omar.

JALAN PULANG

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.