`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Saturday, April 27, 2013

PECAH BERITA! Kenapa Bekas Mufti Perlis MENGAMUK Dengan Malaysia Today?



Lain padang lain belalang.

Bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin menimbang untuk menyaman portal pro-Barisan Nasional (BN) iaitu Malaysia Today yang dimiliki blogger dalam buangan di United Kingdom, Raja Petra Kamarudin.

Dr Asri sebentar tadi menyatakan niatnya untuk berbuat demikian menerusi satu mesej di Twitter miliknya:

@realDrMAZA: Msia Today mnyiarkan berita bohong kononnya sy kbelakangn ini selalu brsama dgn ceramah BN. Patut dsaman depa ni.

Dipercayai Asri tidak senang dengan berita yang melaporkan bahawa dirinya sudah menjadi perkakas politik Umno kerana dilihat sering bersama dengan pemimpin parti itu kebelakangan ini.

Dalam artikel tersebut yang dipetik dari laman Free Malaysiakini itu, Asri didakwa sudah hilang semangat 'reformasi' dalam dirinya kerana angkara wang dia sanggup melacurkan dirinya dalam politik parti.

Asri juga didakwa sudah menjadi penyokong tegar Umno dan manusia jenis pandai berpura-pura dan mereka-reka cerita kerana tidak tetap pendirian pihak manakah yang disokong sebenarnya.

Asri yang baru semalam terkena fitnah yang dilaporkan Berita Harian kononnya menyokong calon BN, Mazlan Ismail hingga sanggup berkempen dari rumah ke rumah sepatutnya lebih berhati-hati dalam setiap tindakannya dan tidak menyalahkan pihak lain jika mereka membuat spekulasi yang dicetuskan oleh tindakannya sendiri.


Persoalannya mengapa baru sekarang Asri seakan "melenting" dengan berita seumpama itu sedangkan sebelum ini dia sendiri pernah mengaku berjumpa dengan BEKAS perdana menteri, Najib Razak di Putrajaya dipercayai sesi 'pujuk memujuk' menjadi calon tersebar luas?

Nasihatnya kepada mufti Perlis sekarang, Dr Juanda Jaya seakan tidak boleh dipakai apabila Asri sendiri sudah lama dianggap 'lalang' dalam politik terutama memberikan pandangannya terhadap beberapa isu sensitif seperti kalimah Allah dan sebagainya.

Teguran Asri kepada Juanda ialah undi adalah rahsia maka tidak perlu diumumkan kepada orang ramai. 

Kononnya, selaku pemegang jawatan tertinggi dalam Institusi Agama sesebuah negeri maka wajar dan sebaik-baiknya Juanda tidak mengumukan pendirian dan sokongan politiknya.

Jawatan Mufti suatu jawatan mulia yang sepatutnya berada di atas politik bukannya sama-sama bergelumang dengan rentak rencah ahli-ahli politik.

Tambah Asri, bila rakyat beragama Islam mengetahui akan pegangan politik kita secara terbuka, terimalah kenyataan pengikut yang tidak sealiran dengannya sudah pasti hilang rasa hormatnya dan akan pandang serong dan sinis.

Maka artikel yang tersiar dalam Malaysia Today semalam tidak harus dipersalahkan seratus peratus kerana sikap dan pendirian Asri sendiri langsung tidak boleh ditentukan, sekejap bersama Umno dan tak lama lepas itu dengan Pakatan Rakyat pula.

Patutlah dia menyindir Ketua Umum KEADILAN, Anwar Ibrahim kelmarin (Khamis) di laman Facebookny kononnya hanya calon BN saja yang singgah dan bertanya khabar dirinya sedangkan Anwar langsung tidak ada masa untuk berjumpa dengannya, dilihat bagi menzahirkan 'kekecewaannya' terhadap Anwar yang kebetulan Asri mengundi di Permatang Pauh.

DrMAZA.com Gambar yang disiarkan oleh beberapa media ini bukan menunjuk saya mengistiharkan sokongan terbuka kepada mana-mana parti..gambar ini adalah kunjungan calon BN ke rumah saya..secara kebetulan beliau juga kenalan lama saya..saya pengundi Pematang Pauh..BN dah ziarah, PKR tak nampak lagi..


Apakah Asri mahu dilayan macam VVIP atau budak-budak kerana Anwar bukannya tidak ada masa berkempen di parlimennya sendiri malah banyak lagi perkara penting yang boleh dilakukannya dari hanya menatap muka Asri yang seakan tidak menghargai sokongan Anwar selama ini.

Wajar Asri membetulkan pendirian (fikrah) politiknya walaupun tidak menjadi calon dan menjadi 'orang tengah' memerhatikan kelakuan dan kempen BN atau Pakatan Rakyat.

Barangkali mahu dianggap 'neutral' dalam kedua-dua pihak tetapi dalam usaha menegakkan Islam, Asri sepatutnya lebih faham dan jelas pihak mana yang mahu memperjuangkan agama Allah dengan pihak yang mempermainkannya walaupun sudah berkuasa 56 tahun lalu.

Jika tidak jangan salahkan pengundi dan rakyat Malaysia terus-terusan menuduh Asri sebagai 'anjing Umno' atau 'lalang dalam Pakatan Rakyat'!

JALAN PULANG

Pautan berita dari Malaysia Today, klik di bawah:

http://www.malaysia-today.net/mtcolumns/beritakomentar/56239-dr-asri-kini-sudah-jadi-anjing-umno

Dr Asri kini sudah jadi anjing Umno


(Free Malaysiakini) - SELEPAS Dr. Juanda Jaya, seorang lagi pengikut Wahabbi yang terang-terangan menjadi perkakas politik UMNO ialah Datuk Dr. Asri Zainul Abidin (MAZA). Kelibat Asri sekarang boleh dilihat disetiap ceramah-ceramah UMNO yang diadakan hampir setiap malam di beberapa kawasan.

Terutama di sekitar Selangor dan Putrajaya.

Asri yang dulunya begitu pandai berlakon seolah-olah menjadi penyokong Pakatan Rakyat, termasuk pada satu ketika pernah mengecam secara terbuka isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor dalam isu barang kemas, kini seolah-olah bertukar badan dengan orang lain, orang UMNO.

Entah kemana hilang semangat reformasi yang begitu kuat dalam dirinya dulu, entahlah, kita sendiri pun tidak pasti. Yang nyata, Asri kini bukan Asri yang dulu, dia sudah jadi totok UMNO.

Perubahan ketara pada Asri sekarang ini menyokong pendapat kami bahawa golongan ulama Islam di negara ini adalah jenis yang pandai berpura-pura dan mereka-reka cerita. Sekejap boleh jadi penyokong reformasi yang tegar, sekejap itu juga mereka boleh berubah menjadi penyokong transformasi yang tidak kurang hebatnya.

Ironinya, kedua-dua mereka (Juanda dan Maza) sedang/pernah menjadi Mufti negeri Perlis dan pernah juga dikaitkan sebagai calon Pakatan Rakyat bagi Parlimen Arau dan DUN Penanti (Pulau Pinang). Tapi atas sebab tertentu, nama kedua mereka digugurkan di saat akhir dan tidak hairanlah kenapa mereka kini berpaling pada UMNO sebagai tempat bergantung yang baru.

Memang banyak yang tidak kena dengan ulama dari Perlis sekarang ini. Baru-baru ini juga, seorang ulama dari Perlis, Dr. Haron Din tiba-tiba membuat kejutan bodoh apabila mengumumkan Pakatan Rakyat akan melaksanakan hudud jika berjaya menguasai kerajaan persekutuan.

Dengan itu laman ini meminta agar semua penyokong Pakatan Rakyat lebih berhati-hati bila salah seorang dari 2 orang ini berceramah ditempat masing-masing. Takut ada yang tersilap ingat mereka datang untuk bercakap tentang Islam!! Sekarang ini mereka sudah jadi anjing politik UMNO, agama sudah jadi perkara nombor 2 bagi mereka.

Politik dan wang itulah yang lebih utama. Kalau boleh tambah satu lagi, sakit hati sebab tidak dapat jadi calon. 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.