`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Sunday, April 28, 2013

PECAH BERITA! Mengapa Bekas MB Selangor SOKONG Anwar Jadi PM?




Apabila bekas menteri besar Selangor sudah menyatakan secara terbuka bahawa Ketua Umum KEADILAN, Anwar Ibrahim adalah calon perdana menteri, pemimpin Umno sudah tidak dapat menahan sabar lagi.

Muhammad Muhd Taib dengan jelas menyatakan perkara itu dalam satu jamuan teh dan ceramah bersama calon KEADILAN parlimen Batu, di Kuala Lumpur petang semalam.

Sambil memuji Anwar kerana konsisten memerangi rasuah selain teguh menahan serangan Umno, Muhammad juga percaya Anwar akan menjadi perdana menteri paling berjaya dalam sejarah negara ini sejak mencapai kemerdekaan 56 tahun lalu.

Muhammad percaya Anwar akan menerapkan sistem semak dan imbang (check-and-balance) ke atas setiap aset dan harta kerajaan selain bertegas akan memerangi rasuah hingga ke akar umbi.

Hujah ini dperkuatkan lagi dengan pujian terhadap bekas menteri besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim kerana berjaya memiliki rizab tunai kerajaan negeri sebanyak RM2.6 bilion walaupun cuma empat tahun lebih memerintah negeri terkaya di Malaysia itu.

Anwar yang merupakan penasihat ekonomi kerajaan negeri adalah arkitek di sebalik bagaimana Selangor mampu memiliki hasil sebanyak itu dalam tempoh paling singkat dalam sejarah negeri.

"Khalid pandai mengurus kewangan negeri, pandai berbelanja pada keperluan rakyat. Dia tak main belasah saja harta rakyat macam pemimpin Umno sendiri," jelas Muhammad sambil diiringi tepukan dari hadirin.

Mengulas mengenai kumpulan pro-Melayu, tambahnya, kewujudan kumpulan pendesak seperti PERKASA menunjukkan bahawa Umno telah gagal untuk melaksanakan tanggungjawabnya kepada orang Melayu, kata bekas Naib Presiden Umno itu.

Muhammad, yang menyertai PAS Isnin lalu berkata pada masa lalu, Umno tidak pernah memerlukan "samseng" untuk membantu perjuangannya dan parti itu telah menyimpang daripada perjuangannya.

Sekarang, tambahnya, Umno perlukan Ibrahim Ali, Zulkifli Noordin dan kumpulan-kumpulan pelampau untuk memberi tekanan.

Menurutnya, selepas 60 tahun, Umno sepatutnya mampu untuk mencapai sasaran 30 peratus ekuiti orang Melayu, meningkatkan tahap pendidikan (orang Melayu) kedudukan wanita.

Tetapi kini ia memerlukan kumpulan pendesak untuk melakukannya," kata Muhamad di hadapan kira-kira 100 hadirin di majlis ceramah calon KEADILAN, Tian Chua.

Muhammad berkata beliau tidak memahami logik meminta bantuan kumpulan pendesak sedangkan mendakwa mendapat sokongan daripada 1.3 juta penjawat awam.

Muhammad merupakan menteri besar dari tahun 1986 hingga 1995 sebelum digantikan dengan Abu Hassan Omar pada tahun yang sama.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.