`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, April 15, 2013

PECAH BERITA! Ong Tee Keat SAH Gugur! Gobalakrishnan Tak Tersenarai Di Padang Serai?



Harapan seluruh rakyat Malaysia untuk menyaksikan dua manusia 'whistleblower' dalam parti masing-masing bertarung dalam pilihanraya umum 5 Mei nanti, hancur sebentar tadi.

BEKAS presiden MCA, Ong Tee Keat SAH digugurkan dari calon BN setelah presiden MCA, Chua Soi Lek mengumumkan senarai calon parti itu di ibu pejabatnya di Jalan Ampang, Kuala Lumpur sebentar tadi.

Calon Pakatan Rakyat, Rafizi Ramli akan ditentang anak didik Soi Lek, Garry Lim Chee Yee di parilmen Pandan.

Manakala pengerusi MCA Selangor, Donald Lim Siang Chai akan berdepan dengan bekas penyandang kerusi parlimen Selayang, William Leong Jee Ken.

Donald Lim lari dari parlimen Petaling Jaya Selatan setelah harapannya untuk menang di parlimen itu sangat tipis.

BN menurunkan ketua pemuda MCA Petaling Jaya Selatan, Seah Kok Fah untuk berhadapan dengan bekas penyandang, Hee Loy Sian yang dijangka mengekalkan kerusinya buat penggal kedua berturut-turut.

Kejutan berlaku apabila MCA diberi peluang merampas kerusi parlimen Padang Serai apabila BN meletakkan Naib Pengerusi Wanita, Heng Seai Kie untuk berhadapan dengan Naib Presiden KEADILAN, N Surendran.

BEKAS ahli parlimen, N Gobalakrishnan yang merayu bertanding atas tiket BN nampaknya cuma menggigit jari!

Gobala belum pasti akan bertanding sebagai calon bebas tetapi sekiranya dia memilih untuk mempertahankan kerusinya, pertandingan tiga penjuru akan berlaku dan ini memudahkan Surendran memenangi kerusi berkenaan.

Inilah senarai calon MCA mewakili BN yang akan bertanding menentang calon Pakatan Rakyat di seluruh negara.

P 009 - Alor Setar - Gooi Hsiau Leong (KEADILAN) vs Chor Chee Heung (MCA)
P 017 - Padang Serai - N Surendran (KEADILAN) vs Heng Saei Kie (MCA)
P 043 - Bagan - Lim Guan Eng (DAP) vs David Chua Tiek Siang (MCA)
P 045 - Bukit Mertajam - Chong Eng (DAP) vs Gui Guat Lye (MCA)
P 051 - Bukit Gelugor - Karpal Singh (DAP) vs Teh Beng Yeam (MCA)
P 051 - Bayan Baru - Sim Tze Tzin (KEADILAN) vs Tan Heap Seng (MCA)
P 064 - Ipoh Timur - Wong Kah Woh (DAP) vs Kat Wong Mei Yin (MCA)
P 065 - Ipoh Barat - M Kulasegaran (DAP) vs Cheng Wei Yee (MCA)
P 066 - Batu Gajah - V Sivakumar (DAP) vs Loo Thin Tuck (MCA)
P 070 - Kampar - Steven Lim (DAP) vs Lee Chee Leong (MCA)
P 071 - Gopeng - Lee Boon Chye (KEADILAN) vs Tan Chin Meng (MCA)
P 074 - Lumut - Laksamana Pertama (B) Imran Abdul Hamid (KEADILAN) vs Kong Cho Ha (MCA)
P 077 - Tanjong Malim - Tan Yee Kew (KEADILAN) vs Ong Ka Chuan (MCA) 
P 080 - Raub - Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz (DAP) vs Hoh Khai Mun (MCA)
P 089 - Bentong - Wong Tack (DAP) vs Liow Tiong Lai (MCA)
P 097 - Selayang - William Leong Jee Ken (KEADILAN) vs Donald Lim Siang Chai (MCA)
P 100 - Pandan - Rafizi Ramli (KEADILAN) vs Garry Lim Chee Yee (MCA)
P 102 - Serdang - Teo Nie Ching (DAP) vs Yap Pian Hon (MCA)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.