`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, April 20, 2013

PECAH BERITA! Umno Terus Buat KERJA BODOH!



Nasi sudah menjadi bubur, tetapi Umno terus buat kerja bodoh selepas penamaan calon selesai tengah hari tadi.

Akibat tidak mendengar suara akar umbi selain syok sendiri, Umno dilihat makin bercelaru dan hari biru.

Kamilia Ibrahim secara rasmi telah pun keluar dari Umno tanpa didesak atau disuruh, tetapi Umno mahu juga mengeluarkan surat pemecatan kononnya sudah tidak setia kepad parti reput itu.

Jadi untuk apa Umno keluarkan surat pemecatan sedangkan Kamilia sudah pun mengisytharkan dirinya keluar sebaik proses penamaan calon di parlimen Kuala Kangsar selesai jam 10.45 pagi tadi.

Mana tidaknya, sudahlah ketuanya, Shahrizat Jalil tidak bertanding, suara wanita Umno langsung hilang dari persada parlimen negara.

Hanya mengharapkan suara Azalina Othman Said, itu pun jika menang dalam pertandingan tiga penjuru di parlimen Pengerang, ini tidak boleh lagi didiamkan.

Malah jika calon wanita Umno di parlimen Sungai Besar sekalipun, Noriah Kasnon menang pun belum tentu dilantik sebagai menteri penuh mewakili wanita Umno. 




Itulah yang mendorong Naib Ketua Wanita Umno itu keluar daripada semangat kesepakatan parti dengan mengemukakan pencalonan untuk bertanding sebagai calon Bebas bagi kerusi Parlimen Kuala Kangsar pada pilihanraya umum 5 Mei ini.

Tindakan beliau mendorong tindakan segera Umno untuk memecat keanggotaan Kamilia dalam parti secara automatik.
 
Muhyiddin pula tak payahlah merasa kesal dan marah atas tindakan Kamilia yang sebenarnya dilihat berani menentang arus ketika penguasaan Umno semakin lemah di negeri-negeri kubu kuat mereka seperti Johor dan Terengganu.


Jalan Pulang

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.