`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Thursday, April 25, 2013

PECAH BERITA! Undi POS Pun Dah Tak Rahsia! Ini Buktinya!



Baru sebentar tadi menerima undi pos dari abang posmen untuk petugas-petugas Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).

Anak panah bertanda oren menunjukkan adalah No Siri Yang Sama [ditutup untuk keselamatan informer].  

No Siri Telah Ditulis pada :-

1) Sampul Surat Pengundian Parlimen Dan Negeri (Merah Jambu dan Putih)

2) Borang 2 Parlimen Dan Negeri (Merah Jambu dan Putih, Ada tertera Nama dan No IC Pada Borang 2)

3) Kertas Undi Parlimen dan Negeri

Adilkah bagi kami untuk mengundi?

Di mana rahsianya undi tersebut….?

Menurut petugas SPR yang mengirim maklumat itu, beliau serba salah untuk memangkah Pakatan Rakyat disebabkan kemungkinan akan dikenakan tindakan atau dilabelkan sebagai menyokong pembangkang.

Jadi apa pilihan beliau?

Jika pangkah Pakatan Rakyat, kemungkinan besar beliau ditendang untuk tugas-tugas yang tak memungkinkan dia memantau kerja menipu undi semasa PRU nanti.

Adakah dia tak perlu undi or buat undi rosak atau beri satu undi kepada Barisan Nasional (BN)?





No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.