`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Sunday, April 28, 2013

Pengerusi BN N9 Apo lopong bonar!



Keliling bercerito pasal kebijaksanaan Pengerusi BN N9 ini?

Dek kerana tak percayo dengan kekuatan pasukan N9, maka BN hampir karam menjelang PRU-13;

1. Ada ke pulak teori supaya biarkan BN menang tipis? Apo bangang sangat BN ni? Atau orang UMNO kaki sabotaj yang lopong? Teori BN menang tipis tiada dalam PRU-13 ini. Kok, kalah lagi kerusi semasa dari Pilah, Lenggeng, Juasseh, Seri Menanti, Linggi misalnya...maka TERUS KE LIANG LAHAT BN N9 Jang!!

2. Kerusi-kerusi kritikal mesti dipastikan kemenangan 110%. Penglibatan sepenuh hati, jiwa dan raga oleh Ketua-ketua Bahagian, Timbalan Ketua Bahagian, Naib-Naib Ketua Bahagian, Ketua Pemuda Bahagian dan Ketua Puteri Bahagian serta barisan juak dan jurai mesti MULA semalam. Kalau merajuk lagi, sakit hati, meluat, memang bongih bonar...maka yang PASTI JAHANAM ialah Barisan Nasional. Kalah Barisan Nasional N9 bermakna tamatlah riwayat 2013-2018, yang ternyata akan memberi highway kepada kewujudan KERAJAAN SYIAH-KHAWARIJ + FREEMASON + KOMUNIS.

3. Apa dah jadi dengan Pengerusi BN N9? Tak insaf-insaf lagi ke untuk pandai serta berani mengurus keletah Ketua-Ketua Bahagian UMNO dan Pengerusi komponen BN?! Malulah sikit...kok tak malu dengan UMNO dan BN, malulah dengan DYMM Yang Di Pertuan Besar dan 4 Dato' Undang Luak.

Semua ini memberi kesan kepada keputusan Pilihanraya 5 Mei 2013. Senjata ajaib pembangkang boleh dijawab dan dipatah dengan BAIK oleh BN. Namun, senjata "kebijaksanaan" BN N9 hanya boleh diurus dengan cekap dan berkesan dengan adanya "wahdatul-fikr" dan "wahdatul-amal" yang sentiasa tersusun dan diperkaya dengan penuh hikmah.

Kita sambung lagi...BERITA PANAS BN N9.

Wahai saudara-saudari Pejuang UMNO. Bangun dan tegur sahabat kepemimpinan kita dengan TEGAS DAN TANGKAS. Pukul dan rotan mereka dengan ILMU dan KEKUATAN PASUKAN UMNO yang digagaskan oleh kumpulan Onn Jaafar dan Baba Ludek bersama sahabat-sahabat.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.