`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Friday, April 26, 2013

PERBANDINGAN ANTARA CERAMAH MCA/BN DENGAN DAP/PR DI PARLIMEN P100 PANDAN.....SAH CALON PKR/PR RAFIZI RAMLI AKAN KALAH TERUK??????



Malam tadi MCA/BN dan DAP/PR telah membuat ceramah dikawasan Parlimen P100 Pandan serentak.

MCA/BN anjurkan di Pandan Jaya sedangkan DAP/PR pula di Teratai...Rakaman gambar diatas sebagai bukti berbicara mengajak rakyat mencuit minda untuk melihat, berfikir dan menilai secara rasional dan objektif serta menerima hakikat apa yang berlaku diakar umbi masa kini.

Bukan nak mengata maupun menghina.. tetapi begitulah suasananya lebih kurang dimana saja ceramah yang dianjurkan oleh MCA/BN diseluruh negara dikawasan ramai penghuni bangsa Tionghua.

Setiap ceramah anjuran MCA/BN pasti hambar, lengang sunyi sepi tiada sambutan sedangkan ceramah anjuran DAP/PR puluhan ribu yang hadir sudah perkara biasa.

Malahan dari risikan dijalankan di parlimen P100 Pandan, calon bebas bekas pembantu DS Ong Tee Keat, Tan Yew Leng akan memperolehi undi lebih besar dari calon MCA/BN yang kini sedang menghadapi tindakan disiplin Majlis Peguam Malaysia kerana tata salah laku sebagai peguam,  Lim Chin Yee.

Para pemerhati dan penganalisis politik secara kolektifnya akur dan bersetuju yang calon PKR/PR Sdr Ramli Rafizi akan memenangi kawasan parlimen ini.

INI KALILAH TUKAR....JOM UBAH....SELAMATKAN MALAYSIA.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.