`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Thursday, April 25, 2013

PRU-13: Penjawat awam dipaksa hadir kempen politik Datuk Seri Tengku Adnan


Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia Tengku Adnan
SIANG tadi, ada satu kementerian mengadakan taklimat untuk Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia, semua penjawat awam di kementerian tersebut dipaksa untuk menghadirinya. Sesiapa yang tidak hadir akan diambil tindakan. Mereka tidak tahu siapa yang akan memberi taklimat berkenaan.

Apabila tiba di tempat program, barulah mereka tahu rupa-rupanya Datuk Seri Tengku Adnan yang akan memberi taklimat tersebut. Pada permulaan taklimat, beliau menerangkan serba sedikit mengenai taklimat tersebut tetapi tidak lama kemudian, topik mula beralih kepada kempen PRU13.

Setelah agak lama berkempen, beliau membuka peluang untuk para pekerja bertanya soalan. Rata-rata soalan yang dikemukakan menjurus kepada topik asal taklimat tersebut. Sebahagian besar soalan yang dikemukakan tidak dapat dijawab. Beliau berkata akan merujuk kepada pihak yang berkaitan. Sepatutnya pihak Perbadanan Putrajaya yang memberi taklimat tersebut. Sebab itulah banyak soalan mereka tidak dapat dijawab oleh Tengku Adnan.

Salah seorang staff ada mengadu kepada beliau mengenai satu markas parti politik yang didirikan berhampiran sebuah surau. Staff tersebut tidak suka dengan markas tersebut dengan alasan mengganggu program surau. Tengku Adnan berkata akan menyiasat dan mengambil tindakan jika markas tersebut ada melakukan kesalahan.

Beliau juga menambah, ada menerima banyak SMS, telefon, malah e-mail mengadu mengenai ceramah oleh calon PAS Husam Musa di Putrajaya yang mengganggu ketenteraman di kawasan sekitar. Jika begitu, konsert-konsert juga patut dilarang kerana diadakan di waktu malam dan bunyinya yang kuat sudah pasti mengganggu kawasan sekitar.

Agak lucu apabila di akhir taklimat, ketika hendak bersalam beliau melihat di barisan hadapan yang dipenuhi oleh staff wanita. Beliau berkata lebih kurang begini..

"Saya faham kita bukan muhrim, tak elok bersalam tetapi jika ada sesiapa yang hendak bersalam, saya akan hulur tangan"

Maklumat yang diperolehi, pada hari sebelumnya Tengku Adnan telah pergi ke kementerian lain untuk tujuan yang sama. Rupa-rupanya beliau telah dan akan pergi ke setiap kementerian di Putrajaya berkempen untuk Barisan Nasional.

Regards,
J3bat Derhaka

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.