`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Sunday, April 14, 2013

SAMSENG POLITIK DI BATU SAPI?



Oleh : SITI SALASIAH SALAMUN
HARI RABU yang lepas iaitu pada 10 April 2013, kereta salah seorang petugas PAS Kawasan Batu Sapi telah dicalarkan oleh individu tidak bertanggungjawab. Hal ini disedari oleh petugas tersebut sebaik sahaja selesai bermesyuarat bersama-sama petugas PAS yang lain di Bilik Gerakan PAS di Batu Sapi.

Terdapat kesan calar di cermin, bahagian pintu hadapan sebelah kiri dan di bahagian belakang kenderaan. Kesan calar ini memang disengajakan dan dipercayai ia bermotif jahat.
Laporan polis telah dibuat di Balai Polis Sandakan. Selain untuk melaporkan gejala yang tidak bermoral ini, PAS Kawasan Batu Sapi juga mengambil langkah ini sebagai inisiatif untuk keselamatan para petugas yang akan bertugas sepanjang masa di bilik gerakan.

PAS Kawasan Batu Sapi amat komited dalam menjalankan kerja-kerja dakwah memenangkan Islam di bumi Batu Sapi. Bertanding di dalam Negara yang mengamalkan sistem demokrasi, seharusnya kejadian ini tidak berlaku.

Akhlak dan adab juga merupakan elemen penting di dalam Islam. Jika ia dibiarkan tanpa dididik dengan baik, maka hasilnya masyarakat akan rosak dan menjadikan politik kotor dan biadab ini sebagai cara hidup!

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.