`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Tuesday, April 9, 2013

Sejak 2008, ramaikah orang Melayu mati bergelimpangan kerana tidak sokong UMNO?



(1) Bila Najib mengistiharkan pembubaran parlimen adakah itu suatu ceramah mini? Pengistiharan yang mudah diucapkan dijadikan 10-15 minit perlancaran ceramah politik. (2) apalah yang hendak diherankan bila Najib memberitahu seluruh ahli BN mengenai manifesto nya? Manifesto nya pun meniru banyak perkara yang terkandung dalam manifesto Pakatan.

Dia bercakap kepada ahli parti. Yang mengundi bukan ahli parti sahaja, tapi rakyat jelata. Tentulah semua yang hadir akan menyokong paling tidak dalam bentuk jeritan setuju. Jika yang ada dalam stadium itu semua nya mengundi UMNO, tentulah akan kalah juga UMNO.

Boleh jadi UMNO lupa. Ia telah hilang hak untu menjadi jurucakap orang Melayu. Maknya , UMNO memperjuangkan apa yang mereka anggap kepentingan orang Melayu- sedangkan orang Melayu sudah pun memisahkan diri mereka dari format perjuangan UMNO. Format UMNO macam mana?

Menakutkan orang Melayu. 65% dari rakyat di ajar takut kepada 35%. 65% berugama Islam dijar takut kepada 9% yang beragama kristian. Rapuh sangatkah aqidah orang Melayu?

Selagi orang Melayu bodoh, UMNO akan terus berkuasa. Pendidikan yang boleh diperolehi percuma, mahu dibayar oleh orang Melayu. Orang Melayu ini mempunyai pendapatan yang tinggi kah? 8.7 juta berpendapatan RM1500 sebulan. 7.2 juta mempunyai pendapatan RM1200 sebulan. Kayakah sangat orang Melayu yang berdemonstrasi dan tunjuk perasaan hendak bayar PTPTN? Apa yang dimakan oleh orang Melayu sehingga dibodohkan oleh UMNO?

UMNO melaga lagakan orang Melayu dengan bangsa lain. Bagaimana DAP boleh menubuhkan kerajaan persekutuan jika mereka hanya bertanding 50 kerusi parlimen? Bukankah penubuhan kerajaan ganti BN memerlukan setuju dan muafakat dari PAS( majority orang Melayu) dan PKR( majority orang Melayu). Adalah Melayu dalam PAS dan PKR tidak cukup keMelayuan mereka dan akan melihat sahaja jika kepentingan orang Melayu dan Islam di ganggu?

Mana2 parti yang memerintah mesti memperakui fakta bahawa majority penduduk Malaysia Melayu bangsa nya. Maka semua dasar mesti memfaktorkan fakta ini. Jadi berhentilah dari dobodohkan oleh orang Melayu.

UMNO tidak ada mandate untu bercakap bagi pihak orang Melayu. Dalam 2008, calun UMNO hanya mendapat 2.38 juta undi. Jika undi orang Melayu 85% dari jumlah tersebut, UMNO mendapat lebih sedikit dari 2 juta undi orang Melayu. Ahli UMNO , 3.2 juta. Kemana pergi nya 1.2 juta undi dari ahli UMNO? Jumlah pengundi Melayu ketika itu ialah 5.7 juta. Ertinya, 3.7 juta orang Melayu sudah pun menolak UMNO.

Jika demikian, UMNO jurucakap siapa? UMNO jurucakap Melayu yang terpilih, yang elit. Sebahagian besar ahli UMNO diperkudakan oleh golongan elit dan Melayu terpilih. UMNO parti untuk bin Mahathir, bin Tun Razak, bin Najib, bin Muhyidin, bin Shafie Apdal, bin Hishamudin Hussein. UMNO bukan untuk kita Melayu.

Soalan yang di kemukakan oleh Najib pun sudah salah. Ini PRU bukan isiu memilih sama ada Najib atau Anwar. Kepada orang kampong, jika inilah isiu nya , amat mudah. Anwar Ibrahim yang dianiaya dan diaibkan dengan Najib, wakil penganiaya dan penzalim. Nak pilih siapa?

Jenis Melayu macam mana yang sudah UMNO cipta yang tidak merasa apa apa bila mengaibkan lawan kerana hendak menang? Ini bukan prinsip orang Melayu. Orang Melayu bertarung dengan lawan dalam gelanggang bukan dengan cara kotor dan jijik. Apakah yang telah dilakukan oleh wan azizah dan anak2 anwar kepada orang melayu lain, sehingga anwar di aibkan demikian rupa? Apa rasa sang isteri dan anak2 yang tidak berdosa. Jenis Melayu apa yang tidak ada perasaan kesian dan perasaan takut kepada fitnah? Ini jenis Melayu yanh dilahirkan oleh UMNO.

Nah- jika soalan nya ialah memilih antara najib penzalim dengan anwar yang dizalimi, rakyat akan memihak kepada yang dizalimi. Maka orang desa dan kampong akan memilih Anwar.

Tapi ini bukan isiu nya.

Janganlah kita nak sombong sangat dengan baka kita. Yang bangga dengan asal usul ialah iblis dan syaitan. Kerana asal iblis dari api, dia enggan sujud kepada Adam kerana Adam dibentuk dari segumpal tanah liat.

Ini masaalah pokok orang Melayu- kerja kita bukan memilih pemimpin kerana baka dia, kerana nama dia, kerana prestij kedudukan mereka. Jangan kita ingat sebab seseorang itu anak kepada Perdan Menteri, maka anak nya secara otomatik mewarisi kebolehan dan kebaikan bapa mereka. Kita pilih pemimpin berdasarkan kepada apa sumbangan dia boleh lakukan. Sumbangan yang dia boleh lakukan bergantung kepada kebolehan dia, kercerdikan dia, kerajinan dia.

Maka kita tidak perlu jawab soalan yang dikemukakan oleh Najib. Soalan yang salah tidak mungkin mengundang jawapan yang tepat.

Posted by sakmongkol AK47

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.