`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Sunday, April 21, 2013

SKANDAL DATUK YAHYA LAMPUNG






Oleh : PAPARAZZI SABAHKINI.NET
HEBATNYA Datuk Yahya Lampung dalam arena politik Sabah umpama hebatnya Sekang @ Saddui @ Kadarau yang cantik bulunya tetapi mempunyai kentut yang terbusuk di dunia.

Yahya Lampung telah mengisi setiap inci bumi politik Sabah sejak USNO sehinggalah kepada UMNO kerana memain peranan mega dalam hampir kesemua insiden penting dan tragedi memalukan di Sabah.
Dari Rusuhan Kaum kepada menghalang Pairin mengangkat Sumpah sehinggalah kepada sabotag ekonomi Sabah ketika menyandang jawatan Pengerusi Cement Industries (Sabah) Sdn Bhd (CIS).

Yahya yang pernah memegang pelbagai jawatan terutama di peringkat Persekutuan sebagai Timbalan Menteri tetapi tidak sehebat ketika memegang jawatan sebagai Pengerusi CIS kerana umpama tidur dalam 'Strong Room' Bank Negara Malaysia yang dilimpahi wang ringgit.

Walaupun Yahya menerima jutaan ringgit setiap bulan hasil Konspirasinya dengan pembekal klinker dari Taiwan, namun sifat 'Lupa Daratan' Yahya begitu ketara kerana menganggap Kerajaan BN Sabah sebagai ‘COMMUNISM POLITICS’; tidak ubah seperti kata bidalan menggigit tangan yang menyuapkan makanan.


Mungkin Yahya lupa bahawa politik 'Komunis' Kerajaan Negeri Sabah juga yang telah melantik beliau sebagai Pengerusi CIS dengan elaun yang tidak mungkin mampu menampung kos beliau anak beranak terbang ke Seoul, Korea hanya untuk membeli DVD Winter Sonata dan bershopping sakan; melainkan melalui peluang rasuah yang diciptanya kerana 'Kontrak Rahsia' berada di dalam 'kuasanya' sebagai Pengerusi CIS.

Tidak ramai tahu bahawa Yahya yang sebelum ini merupakan Pengerusi Cement Industries (Sabah) Sdn Bhd (CIS) terlibat dengan Skandal Rasuah bernilai jutaan ringgit tanpa pengetahuan Ahli-Ahli Lembaga Pengarah CIS.

Perjanjian Perolehan dengan Syarikat Taiwan iaitu HUGH GROWTH CO sejak tahun 2009 sehingga kini bagi membekalkan bahan mentah yang dikenali sebagai ‘BULK CEMENT’ & ‘CLINKER CEMENT’ dengan nilai kontrak berjumlah USD 50 Juta Setahun.

Skandal ini telah memberikan ‘Kemewahan’ dan secara tidak langsung telah membiayai survival politiknya bersama Pakatan Rakyat dengan wang yang diperolehi daripada Perjanjian Rasuah di antara Yahya bersama dengan Naib Presiden Hugh Growth Co iaitu Michael Wei Kang Chang (Warga Taiwan) yang melibatkan komisyen berjumlah USD2 sehingga USD3 bagi setiap tan metrik agar kontrak pembekalan di antara dua entiti ini tidak terputus.

Bagi memadam jejak bertapak SPRM, Yahya menggunakan menggunakan proksinya, Faridah Ibrahim (580429-60-5058) yang beralamat di 99, Jalan Ampang Hilir, 55000 Kuala Lumpur. Tetapi mudahkah SPRM diperdaya? Melainkan jika turut menerima bayaran pengkeras?


Warga Brunei yang mendapat taraf penduduk tetap ini ialah isteri ketiga Yahya telah dilantik sebagai Agen Perunding Pemasaran oleh HUGH GROWTH telah memberikan ‘Kelebihan’ kepada Yahya; wal hal hakikatnya pemegang MyPR tersebut tidak pernah sekalipun menjalankan tugasnya sebaliknya memperolehi imbuhan serta faedah kewangan secara rasuah bernilai jutaan ringgit.

Papparazzi akan mendedahkan bukti pergerakan kewangan ‘Haram’ ini dalam masa terdekat bagi membolehkan para pengundi di Parlimen Papar tidak tersalah pilih calon bak kata pepatah; pilih-pilih langsat, terpilih bangsat!

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.