`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Sunday, April 14, 2013

Tarikh Undi Awal Bercanggah Dengan Peraturan Pilihanraya..



KUALA LUMPUR: NGO Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendakwa penetapan tarikh undi awal pada 30 April iaitu kira-kira lima hari sebelum undi biasa pada 5 Mei adalah bercanggah dengan Panduan Pengundian Awal, Peraturan Pilihan Raya.


Panduan itu pada klausa 6.1 menyebut bahawa hari mengundi awal akan ditetapkan oleh SPR berdasarkan peraturan 3(1A) Peraturan-Peraturan Pilihanraya (Perjalanan Pilihanraya) (Pindaan 2012) iaitu tidak kurang daripada tujuh hari selepas Hari Penamaan Calon dan tidak kurang daripada tiga hari sebelum dari tarikh atau tarikh-tarikh Hari Mengundi Biasa.

"Perkara di atas bermaksud, tarikh Hari Mengundi Awal harus berlangsung tidak lebih dari 3 hari sebelum Hari Mengundi Awam.

"Pengumuman SPR meletakkan tarikh Hari Mengundi Awal 30 April iaitu 5 hari sebelum Hari Mengundi Awam adalah salah dan tidak wajar sama sekali," kata Pengarah Propaganda SAMM Edy Noor Reduan.

Sehubungan itu, beliau mendesak SPR supaya mematuhi peraturan dan panduan yang ditetapkan itu bagi mengelak kekeliruan dan pertikaian oleh orang ramai terhadap suruhanjaya itu.

PAS sebelum ini juga membangkitkan kebimbangan soal kemungkinan boleh berlaku pengundian lebih sekali bagi pengundi awal memandangkan dakwat kekal yang digunakan mereka difahamkan hanya mampu bertahan tiga hari.

Ini kerana, dakwat yang dicalit pada tangan pengundi awal pada 30 April mungkin hilang dan akan mewujudkan ruang manipulasi terhadap mereka untuk mengundi sebagai pengundi biasa pada 5 Mei.

Ianya juga nyata bercanggah dengan tujuan asal penggunaan dakwat kekal iaitu untuk menutup ruang sekaligus menghalang mana-mana individu mengundi lebih dari sekali.

"Apakah jaminan 240 ribu pengundi awal tidak mengundi lagi sekali setelah dakwat kekal yang dicalit di jari mereka hilang setelah lebih 3 hari?

"Bagaimana kami mahu katakan SPR bersih dan bertindak adil jika perkara yang sudah didokumenkan juga boleh 'dilanggar'," soal Edy.

Justeru katanya, SAMM menuntut SPR supaya mematuhi panduan yang dikeluarkan dengan menetapkan semula tarikh undi awal sekurang-kurangnya pada 2 Mei atau lebih lewat dari tarikh tersebut sebelum hari pengundian biasa.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.