`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Wednesday, April 24, 2013

TERKINI! CHEGU BARD DEDAHKAN VIDEO TERLARANG ANWAR!! #PRU13

MiM merujuk kepada omongan CheguBard yang cuba menegak benang yang basah tentang isu video terlarang yang dikaitkan dengan Anwar Ibrahim.

Omongan dan aksi Chegubard PKR yang bersaing dengan Yusni Mat Piah di Sungai Acheh itu semasa ceramah kosong Pakatan pembangkang di Yayasan An Nahdhoh, Kubang Semang, P44 Permatang Pauh, Pulau Pinang19.

Minaq Jinggo telah merakam aksi CheguBard itu : KLIK SINI

Tapi anda tidak perlu buang masa anda untuk menonton aksi CheguBard itu. Di sini MiM ambil sedutan rakaman video tersebut dan MiM akan jelaskan putar belit nak buah Anwar itu.

Lihat video di bawah dan penjelasan di dalam video ini :


Video : CheguBard mengaku video Anwar!! (1:11)

1. MiM percaya rakyat mual dengan aksi terbaru CheguBard ini. Setelah 2 tahun berlalu, CheguBard menceritakan kembali video terlarang Anwar. Ianya jelas menujukkan bahawa sepanjang 2 tahun selepas terdedahnya video terlarang tersebut, Anwar Ibrahim dan puak-puak pakatan pembangkang dilihat masih gagal untuk menyakinkan rakyat tentang isu ini.

2. MiM difahamkan daripada sumber PKR dalaman, parti tersebut masih kalut menyakinkan jentera parti sendiri untuk tidak mempercayai keaslian video terlarang tersebut.

3. Yang sadisnya, kita tentu tergelak besar apabila CheguBard bercakap tentang 'berdoa kepada Allah' tetapi dalam masa yang sama, beliau tidak pula mahu menyarankan kepada Anwar Ibrahim supaya bersumpah muhabalah.

4. Kenyataan Chegu Bard itu bukan sahaja kelakar tetapi menempelak diri beliau dan Anwar Ibrahim.

5. Kita perlu ingat bahawa ketika fakta kes video dibacakan di dalam Mahkamah Masjiret Kuala Lumpur, beberapa kali disebut individu dalam video itu "menyerupai Anwar Ibrahim" dan wanita daripada China. Ketika majistret bertanya tertuduh sama ada mereka faham tuduhan yang dibacakan itu, Eskay Abdullah berkata beliau tidak bersetuju bagaimana pelaku dalam video itu disebut. "Bukan menyerupai, tapi Anwar," katanya.

6. Dan sehingga ke hari ini, Anwar masih tidak menyaman Eskay Abdullah di atas pengakuan bertulis beliau di dalam mahkamah! Kenapa?

7. CheguBard juga mendakwa bahawa video terlarang itu dirakam di Thailand. Pada hal, analisis sah melaporkan bahawa Anwar terbukti hadir di lokasi rakaman itu iaitu di sebuah bilik di pangsapuri di Ampang, Kuala Lumpur. Siasatan polis berdasarkan CCTV mendapati Anwar bersama Eskay Abdullah dilihat di lobi pada 21 Februari 2011.

8. Chegu Bard juga mendakwa bahawa teknologi perfileman Thailand lebih baik daripada Malaysia. Yang memalukan dan kantoinya ialah Chegu Bard gagal menjelaskan kepada hadirin bahawa video terlarang tersebut telah dihantar untuk analisis digital oleh 2 pakar digital forensik USA yang tidak perlu dipertikaikan oleh CheguBard dan kita semua.

9. Mereka ialah Associate Professor Lorenzo Torrensani dan Professor Hany Farid dari Dartmouth College di Hanover, New Hampshire, Amerika Syarikat.

10. Pada 9 Jun 2011, Peguam Datuk Muhammad Shafee Abdullah mendedahkan bahawa pakar video Amerika yang dirujuk polis Malaysia itu telah membandingkan imej lelaki dalam video itu dengan sekeping gambar Anwar dan mengesahkan yang kedua-dua adalah seiras.

11. Analisis dua pakar digital forensik profesional itu membuat konklusi bahawa terdapat keirasan 99.99 peratus lelaki dalam klip video itu, dengan bagi foto Anwar berdasarkan analisis pengenalpastian wajah.

12. Untuk memastikan anda tidak meragui kepakaran 2 pakar tersebut. MiM telah menulis profail kedua-dua pakar computer generated dan digital video forensic


13. Profesor Hany Farid adalah seorang professor di Fakulti Komputer Sains, Dartmouth College. Beliau menerima PhD di dalam Komputer Sains daripada Pennsylvinia Universiti pada tahun 1997. Beliau  telah menulis kertas kajian yang ekstesnsif di dalam forensik digital seperti Image Forensic Analyses that Elude the Human Visual System dan Perceptual Discrimination of Computer Generated and Photographic Faces.

14. Beliau juga telah membuat kajian (research) seperti Digital ForensicsDerivative FiltersPerceptual Discrimination of Computer Generated and Photographic Faces dan banyak lagi. 



15. Anda baca profail kedua-dua pakar tersebut di sini : KLIK SINI

16. Pokoknya, Chegu Bard dilihat gagal untuk menangkis fakta-fakta tentang kesahihan video tersebut.

17. Satu lagi perancangan yang dibongkar ialah strategi pihak yang menghasilkan satu video dummy yang hampir sama dengan video yang asli.

18. Pelakon di dalam video baru itu akan mengaku beliau di dalam video tersebut. Manakala, Anwarr akan bersumpah muhabalah bukan individu di dalam video tersebut.

19. Jika benar, memanglah beliau berani akan bersumpah muhabalah tetapi bukan video asli yang tersebar sejak awal tahun 2011 tetapi video dummy yang dilakon semula. 

21. Kita perlu berhati-hati dan tidak percaya dengan modus operandi menipu rakyat itu.

21. Untuk laporan sepenuhnya : KLIK SINI


- DrMiM

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.