`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, April 21, 2013

Trajedi PAS Subang Serah DUN Kota Damansara Pada UMNO

Zaharuddin Muhammad@Din Ayam
merangkap menantu Presiden PAS

Sepertimana yang kita tahu, calon PAS Kota Damanasara menyerahkan watiqah yang di tandatangan oleh Presiden sendiri. SEMUA calon2 PAS seluruh Malaysia termasuk di Sabah dan Sarawak watiqah mereka di tt oleh SUA, CIkgu Mustafa Ali.

Hanya Ustaz Zaharuddin Muhammad aka Din Ayam sahaja yang mempunyai hubungan dan pengaruh untuk menyakinkan pak mentuanya bagi menurunkan tandatangan ke watiqah tersebut. CIkgu Mustafa Ali tiada tahu menahu berkenaan watiqah tersebut.

Majoriti ahli2 PAS Subang juga TERKEJUT BERUK dengan adanya calon PAS di DUN Kota Damansara. 

Itu pun kalau tt itu tidak dipalsukan atau disalin. Kalau betul dipalsukan pun, takkan lah bapak mentua hendak ambil tindakan undang-undang ke atas anak menantu dia. Maka, akan terlepas la Ustaz Din Ayam.

Adapun Hj Mesni, YDP PAS Subang, tidak boleh berlepas tangan sama sekali. Beberapa hari sebelum penamaan calon, beliau telah mengetuai sebuah sidang akhbar di mana diisytiharkan PAS akan meletak calon di DUN Kota Damansara.

Dan sejak akhir2 diberitakan hubungan Mesni dengan Din Ayam amat rapat sekali.

Barang diingat, Din Ayam adalah sebahagian dari Majlis Syura Ulama PAS mewakili Dewan Pemuda PAS Pusat. Perlantikan beliau adalah semata-mata kerana dia anak menantu kepada PResiden dan tiada kena mengena dengan kelayakan ilmu mahupun kebolehan berfikir dan melaksanakan tugas.

Beliau juga berumah di Kota Damansara dan menjadi ustaz utama di Masjid kuning Kota Damansara. Tulang Besi menggelarkan Masjid Kota Damansara itu sebagai Masjid PERPADUANG.

Ustaz Din Ayam ini pernah membuka blog bertajuk Al Faqeeh yang digunakan untuk menyerang Ustaz Wan Ji, Dr Dzul, Khalid Samad dsbnya. Malangnya blog telah ditutup barangkali kerana tidak laku atau tiada siapa yang boleh faham tulisan beliau.

BUKAN HANYA DI KOTA DAMANSARA DIN AYAM KACAU?

Tulang Besi juga beranggapan Din Ayam juga memainkan peranan dalam mengacau proses memilih calon di Taman Templer dan Paya Jaras. Tulang Besi tiada bukti tetapi ia memerlukan pengaruh seseorang yang rapat dengan kepimpinan tertinggi bagi membolehkan keputusan AJK PAS Pusat diterbalikkan.

Di Taman Templer misalnya, keputusan AJK PAS Pusat telah meletakkan Hj Mat sebagai calon. Semua nya telah dipersetujui. Namun, tiba-tiba nama Zaidy Talib naik. Padahal, Hj Mat adalah Penyelaras DUN dan popular di Taman Templer. Di samping itu Hj Mat adalah anak tempatan Selayang berbanding Zaidi yang berasal dari Kelantan. Zaidi juga tidak dikenali oleh rakyat setempat dan orang2 Cina dan India rata2 tidak begitu selesa dengan beliau berbanding Hj. Mat.

Yang lebih merisaukan adalah calon UMNO, Dato' Subhan Kamal, adalah anak jati Selayang dan selama-lamanya tinggal di Taman Selayang Baru. Kepada pengundi Melayu, Subhan cuma perlu memainkan isu anak tempatan dan inshaalah Zaidi Talib ini akan tersunggkur. Itu tidak termasuk faktor Subhan ada banyak duit serta beliau adalah "incumbent"

Zaidi Talib adalah orang kuat Pemuda PAS Pusat dan amat rapat dengan geng2 perpaduang dalam PEMUDA. Sepanjang pemerintahan Hasan Ali, Zaidi menjadi penyokong kuat agenda perpaduang Hasan Ali. Tak hairanlah kalau Din Ayam masuk campur untuk memastikan Zaidi jadi calon. Jelas, DUN Taman Templer akan sekali lagi terlepas dari gengaman PAS.

Sama juga di DUN Paya Jaras. Oleh kerana Hj Mesni kemaruk nak bertanding di situ, maka saya syak Din Ayam telah menggunakan pengaruh beliau untuk mensabotaj Khairuddin Othman yang juga SU Perhubungan SElangor.

Semua ini bagi memastikan ketiga-tiga DUN ini kekal dalam gengaman BN: Paya Jaras, Taman Templer dan Paya Jaras. Nampaknya, dua DUN telah selamat jatuh ke tangan BN. Yang berjaya diselamatkan adalah DUN Paya Jaras kerana berjaya dikekalkan Khairuddin othman sebagai calon PAS.

Saudara/ri bayangkan betapa gilanya keadaan di Paya Jaras. Khairuddin Othman diarahkan supaya jangan bertanding dalam keadaan tiada calon yang ada untuk mengganti beliau. Nama calon pengganti beliau berubah-ubah dari satu nama ke satu nama. Tapi, akhirnya perwakilan dari MTD Paya Jaras berjaya berjumpa dengan Cikgu Pa dan akhirnya nama Khairuddin kekal.

Besarnya pengaruh Din Ayam ini sehingga Perhubungan Negeri Selangor pun tidak boleh mengatasi cakap beliau. Semuanya kerana Din Ayam ini menantu Presiden?

TULANG BESI

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.