`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Thursday, April 25, 2013

Undi Awal: Anggota Polis, SPR Lapor Polis Blog PR. Siapa Nak Jawab Gambar Ini Pula??


Gambar yang mencetuskan kontroversi.

Anggota PDRM, SPR Buat Laporan Polis Berhubung Dakwaan Undi Awal

[Bernama] KUALA LUMPUR: Dua laporan polis dibuat terhadap laman blog 'milosuam.blogspot.com' yang menyebarkan dakwaan pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) diarah mengundi awal bagi pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).

Penolong Ketua Urusetia Ketua Polis Negara (Perhubungan Awam) ACP Ramli Mohamed Yoosuf berkata satu laporan polis dibuat oleh seorang pegawai Jabatan Siasatan Jenayah Komersial di sini dan satu lagi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Putrajaya petang Rabu.

"(Laporan blog itu) menggambarkan bahawa polis diarah untuk mengundi awal pada 23 April adalah sesuatu yang mengelirukan dan salah fakta," katanya pada sidang media, di sini Khamis.

Menurut Ramli kes disiasat mengikut Seksyen 505 (B) Kanun Keseksaan iaitu kenyataan yang mendatangkan khianat awam seperti membuat, menerbit atau mengedar apa-apa kenyataan, khabar angin atau berita dengan niat hendak menyebabkan atau mungkin menyebabkan ketakutan atau kegentaran kepada awam atau mana-mana golongan awam.

Ramli berkata kes itu juga disiasat mengikut Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Dalam pada itu, Ramli berkata Bukit Aman telah menerima 274 laporan polis berhubung PRU13 semalam menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini 906 laporan.

Beliau juga memberitahu 1,410 aktiviti membabitkan PRU13 berlangsung di seluruh negara semalam iaitu ceramah (591), perjumpaan dan mesyuarat (166), kunjungan rumah ke rumah (100), kempen (332) dan lain-lain sebanyak 221.

"Jumlah tangkapan terkumpul sejak hari penamaan calon ialah 25 dengan tiga tangkapan dibuat semalam melibatkan kesalahan pilihan raya," katanya. 


P/s: Bagaimana pula dengan pengakuan anggota PGA ini? Bagaimana dengan gambar ini?
Sumber gambar di sini

 Gambar-gambar lain di sini?

KANTOI!!!

-duniacacamarba.blog

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.