`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, October 9, 2014

170,000 peminjam PTPTN akan masuk CCRIS

Mereka diantara 170,000 orang yang bergaji lumayan tetapi langsung tidak datang ke PTPTN dalam tempoh tiga tahun untuk berbincang mahupun membuat sebarang bayaran.
PUTRAJAYA: Sebanyak 170,000 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang tidak menjelaskan pinjaman mereka bermula tahun 1998 hingga 2010.
Menurut Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh berkata, sebanyak RM 1.2 bilion merupakan hutang yang tidak dijelaskan oleh peminjam-peminjam PTPTN ini.
“Kita ada maklumat peminjam dan tahu ada di antara mereka yang bergaji lumayan tetapi langsung tidak datang ke PTPTN dalam tempoh tiga tahun untuk berbincang mahupun membuat sebarang bayaran,” katanya.
Katanya, pihak PTPTN sedia berunding untuk mencari jalan penyelesaian dan membuat perbincangan mengenai pembayaran mengikut kemampuan peminjam sebelum mengambil tindakan tegas.
“Mereka diberi peluang untuk berbincang mengenai kaedah pembayaran balik sebelum nama mereka disenarai dalam sistem Maklumat Rujukan Kredit Berpusat (CCRIS).
“Bila kita umum pelaksanaan langkah itu nanti, kita akan beri tempoh tiga bulan untuk peminjam berbincang dan seterusnya membuat bayaran,” katanya menerusi laporan bernama.
Jelasnya sebelum ini pihak PTPTN bersikap fleksible, namun ada dalam kalangan peminjam yang mengambil kesempatan dengan tidak membuat pembayaran balik.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.