`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, October 17, 2014

PESTA ARAK DAN MALAM SELAWAT - MELAKA MEMANG HEBAT

Riuh rendah di Melaka apabila ada pihak yang akan menganjurkan 2 program besar iaitu Festival Oktoberfest dan Malam Selawat. 2 program yang jelas bertentangan dari segi hukum agama dan naluri manusia itu sendiri.

Satu program untuk mendekatkan manusia kepada Rasulullah dan satu lagi program untuk menjadi kawan kepada syaitan.

Yang peliknya Festival Oktoberfest dikatakan harus dan boleh dilaksanakan kerana ianya boleh menarik pelancong datang ke Melaka. Sudah tidak ada cara lain ke untuk menarik pelancong. Apakah dengan hanya menghidangkan arak percuma dengan gelas besar maka pelancong akan datang ke Melaka. Sedangkan di negara mereka sendiri mereka boleh minum bertong-tong dan bertempayan banyaknya.

Apakah tujuan sebenar mereka datang ke negeri dan negara kita untuk minum atau mereka datang untuk menikmati keindahan negara, budaya dan keunikan negara kita????

Kita ingin nasihatkan kepada pembesar-pembesar negeri kita supaya berfikir panjang sebelum memberikan komen dan kenyataan akhbar kerana takut-takut nanti mereka dilihat tidak cerdik dan kurang pandai.

Selain dari itu kepada pembesar yang diberi amanah kuasa oleh Allah mesti menunaikan tanggungjawab mereka mengawal dan menguruskan negara dan negeri ini dari program maksiat dan lagho. Kita bimbang bala Allah akan menimpa semua kita.

Rakyat bukan Islam bebas untuk mengamalkan ajaran agama dan budaya masing-masing. Mereka bebas untuk meminum arak tetapi janganlah mempromosikan program-program tersebut secara terbuka dan menganjurkan program itu secara terbuka dan bebas sehingga diraikan sama oleh orang Islam.

Cuma satu perkara yang ingin diingatkan bahawa meminum arak banyak mudaratnya. Antara yang paling bahaya ia di peminum yang mabuk jika memandu kereta akan membahayakan diri sendiri dan orang lain. Itulah antara sebab arak diharamkan dalam Islam kerana manusia apabila mabuk mereka sudah tidak berfikiran waras.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.