`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Thursday, June 11, 2015

Harga gas asli sepatutnya turun, bukan naik

KUALA LUMPUR: Dalam Poin 62 Perutusan Khas Perdana Menteri Tentang Perkembangan Ekonomi Semasa Dan Kedudukan Kewangan Negara yang diumum oleh YAB Perdana Menteri pada 20 Januari 2015, ia telah dimaklumkan bahawa kerajaan akan menangguhkan cadangan kenaikan harga gas asli pada 2015 untuk mengurangkan kos kendalian perniagaan.

“Tetapi, ia telah dilaporkan hari ini bahawa kerajaan menaikkan harga gas asli bagi sektor komersil dan industri (kecuali sektor penjanaan elektrik) di Semenanjung Malaysia mulai 1 Julai 2015,” ulas Presiden Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER), Piarapakaran S.

Menurut beliau, berdasarkan kejatuhan harga minyak sedunia sejak suku keempat 2014, Malaysia sepatutnya menikmati pengurangan kos LNG sejak April 2015 yang disebabkan oleh kesan time lag seperti yang terkandung dalam kenyataan KeTTHA.

“Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) ingin menarik perhatian semua berkenaan kenyataan media Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) pada 21 Januari 2015, "faktor lain yang juga perlu diambil kira adalah penetapan harga LNG berasaskan nilai eksport gas asli cecair dari Bintulu dan harga Japan Customs-Cleared Crude (JCCC), di mana berlaku kesan pengekoran harga (lagging effect), masing-masing di antara 2-4 bulan dan 5-7 bulan. Oleh itu, sebarang penurunan atau peningkatan harga minyak mentah dunia dijangka hanya akan memberi kesan kepada harga LNG di Semenanjung Malaysia selepas tempoh 5-7 bulan,” katanya.

Menurut Piarapakaran lagi harga sumber-sumber tenaga yang kompetitif dan telus adalah penting untuk pembangunan negara. Akan tetapi, isu ketelusan harga gas asli bukanlah perkara baru.

Beliau mempertikaikan mengapakah kerajaan meningkatkan harga gas asli sedangkan Malaysia sepatutnya menikmati pengurangan kos akibat daripada kesan time lag harga LNG?

Oleh itu AWER menyeru kerajaan untuk mendedahkan mekanisma pengiraan yang dapat mencerminkan harga gas asli berpaip dan gas asli cecair (Liquefied Natural Gas-LNG). Adakah perbezaan harga di antara gas asli paip dan Gas Asli Cecair (LNG) sama dengan kos pencairan, perkapalan dan regasification LNG?

“Adakah terdapat pengiraan telus yang mencerminkan mekanisme harga antarabangsa yang diguna pakai secara meluas?” tanya beliau. – HARAKAHDAILY

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.