`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Thursday, July 16, 2015

Angan-angan Mustafa Ali, Mahu Letak Calon Bukan Islam ....

PAS akan letak calon bukan Islam bertanding kerusi DAP

Calon bukan Islam PAS bakal menentang calon DAP dalam pilihan raya akan datang, kata pemimpin parti Islam itu susulan terdapatnya perpecahan dalam parti tersebut.

Pengarah Pilihan Raya PAS Datuk Mustafa Ali berkata, itu persediaan yang akan mereka hadapi dan mereka bersedia untuk kehilangan personaliti serta ahli berpengaruh.

Pecahan pemimpin progresif dalam PAS membentuk Gerakan Harapan Baru (GHB) dengan rancangan menjadi parti politik tahun ini.

Jangkaan melihat mereka akan menyertai DAP dan PKR untuk membentuk pakatan pembangkang baharu yang mana kelihatan tanpa penyertaan PAS, susulan pergeseran antara DAP dan PAS yang menamatkan Pakatan Rakyat.

PAS bersedia untuk bergerak sendiri, kata Mustafa yang juga bekas setiausaha agung parti itu, kepada The Malaysian Insider.

Beliau menegaskan, PAS juga tidak akan bekerjasama dengan Umno dan Barisan Nasional (BN) walaupun timbul khabar angin sedemikian.

"Sekarang ini rasanya PAS akan bersendiri. Kita akan mengukuhkan sayap penyokong. Jadi Malaysia akan melihat lebih ramai calon bukan Islam diketengahkan PAS dalam pilihan raya.

"Kita tiada halangan, jadi kita bebas tanding semua kerusi, termasuk kerusi DAP," kata Mustafa.

Dewan Himpunan Penyokong PAS, (DHPP) dibentuk keanggotaan daripada bukan Islam dalam Pilihan Raya 2013, dan parti itu meletakkan tiga calon bukan Islam mereka dari sayap berkenaan.

Meskipun dengan calon bukan Islam, adakah PAS boleh dipercayai?

Mustafa mengakui sukar bagi PAS meyakinkan bukan Islam untuk mengundi mereka, namun mengatakan tidak mustahil ianya berlaku, lebih-lebih lagi pilihan raya akan datang masih jauh.

Pilihan raya umum akan datang dijangka sekitar pertengahan 2018.

"Tidak semua bukan Islam bersama DAP atau MCA. Kita tidak tahu senarionya. Pada 2016 kita akan melihat gambaran jelas," katanya.

Kumpulan progresif tidak melihat diri mereka sebagai "parti serpihan".

Namun Mustafa dan timbalan presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, mana-mana anggota PAS yang menyertai parti lain akan terlucut keahlian mereka secara automatik.

GHB dilancarkan pada 13 Julai dan antara anggota mereka adalah pemimpin PAS yang paling berpengaruh dan ahli Parlimen veteran yang dikenali dengan sikap bersederhana oleh pertubuhan sivil.

Mereka termasuklah bekas presiden PAS Mohamad Sabu dan bekas naib presiden Salahuddin Ayub. Selain itu, mereka termasuk ahli Parlimen Khalid Samad, Hanipa Maidin, Datuk Mujahid Yusof Rawa dan Dr Hatta Ramli.

Mereka semua tewas dalam pemilihan parti di mana kumpulan konservatif menguasai pemilihan PAS kali ini.

Meskipun PAS bersedia untuk bergerak sendiri, Mustafa tidak melihat PKR akan mengabaikan mereka, terutamanya kedua-dua parti masih lagi bersama dalam kerajaan Selangor.

"PKR tidak akan gugurkan PAS. Kita ada 'anak' dalam kerajaan Selangor. Dan saya sedar tidak semua pemimpin PKR selesa menolak PKR semata-mata untuk bekerjasama dengan DAP."

Sehingga hari ini, PKR masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi sama ada akan menamatkan hubungan dengan PAS, seperti mana dilakukan DAP.

Mustafa berkata, DAP turut melakukan perkara sama pada 2001, apabila keluar daripada Barisan Alternatif. Tetapi PKR masih lagi mengekalkan hubungan dengan PAS.

Beliau juga menegaskan, dalam wawancara eksklusif selama 2 jam itu, PAS tidak akan bekerjasama dengan Umno seperti dispekulasikan banyak pihak.

Ketika ini, cakap-cakap untuk bekerjasama dengan Umno muncul apabila PKR dan DAP mengumumkan tamatnya PR.

Ketika siasatan dijalankan bagi menyiasat sama ada dana disalurkan kepada Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak, melalui akaun peribadinya, dua pemimpin tertinggi PAS mempertahankan perdana menteri itu.

Pemimpin PAS bagaimanapun menafikan kenyataan itu dikeluarkan Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am Datuk Dr Haron Din untuk menyokong Najib atau Umno.

"Mereka yang berprinsip tidak akan bersekongkol dengan perkara yang tidak betul, tidak kiralah siapa pun yang dituduh," kata Mustafa, kepada kenyataan-kenyataan Haron dan Hadi.

"Kenyataan mereka disalah tafsir dan kami mengesahkan dengan mereka. Tiada asas untuk kerjasama bersama Umno."

ULASAN GB

Demikian dendam kesumat Mustafa Ali setelah rancangannya "mengatur" barisan kepimpinan PAS pasca-pemilihan gagal. Beliau menjangkakan kumpulan professional tidak akan berbuat apa-apa jika kalah. tetapi apa yang berlaku kumpulan professional bergerak ke depan membentuk Gerakan Harapan Baharu.

Kini beliau cuba mensabotaj Pakatan 2.0 dengan hendak meletakkan calon bukan Islam menentang DAP. Kita alu-alukan. Tetapi yang jelas dan nyata calon bukan Islam akan menemui kegagalan malah akan kehilangan depositnya.

Bukan Islam mana lagi yang hendak sokong PAS apabila PAS sendiri sudah berkerat arang berpatah rotan memutus hubungan dengan mereka?

Mustafa Ali terlupa bahawa Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) N Balasubramaniam di dalam muktamar yang lepas menyatakan rasa terkejutnya melihat amalan fitnah memfitnah dan saling melabel yang berlaku dalam parti Islam itu.

Pada masa yang sama, beliau bertanya kepada PAS khususnya kumpulan ulama sama ada terdapat larangan dalam al-Quran yang menghalang seseorang melakukan amalan berkenaan.

"Saya tidak pasti sama dalam Islam, dalam al-Quran ada tidak larangan supaya jangan memffitnah dan jangan melabel orang lain. Kalau ada, kenapa ulama tidak mengawal ini berlaku dalam parti.

"Kenapa ulama tidak menegur gejala ini. Kalau label melabel ini ada dalam al-Quran, saya minta jasa baik ulama agar menunjukkan saya ayat mana dan terjemahannya.

Ulama PAS perlu jawab dulu persoalan yang dibangkitkan oleh DHPP di atas. Kini ramai DHPP yang menyatakan akan bersama GHB.

Selama ini ulamak membisu dengan pelbagai fitnah, cacian dan makian yang dilakukan oleh sesetengah pihak terhadap ahli kumpulan profesyena. Malah sesetengah ulamak termasuk presiden parti sendiri mengeluarkan kata-kata cacian seperti BROKER, BARUA & TOLOL.

DHPP sendiri telah mempersoalkan apakah di dalam Al-Quran tiada larangan seseorang itu tertutama pemimpinnya melakukan fitnah, cacian dan makian seperti itu? Apatah lagi cacian seperti ungkapa-ungkapa JEBON, Anwarinas, Liberal dan seumpamanya yang begitu mudah dihamburkan mengikut rentak dan tari syaitaniah?

Sekalipun kumpulan ulamak dikatakan telah menang besar di dalam pemilihan yang baru lalu, namun semua dapat menyaksikan kemenangan itu adalah hasil dari fitnah, cacian dan makian yang dilakukan ke atas kumpulan profesyenal. Ulamak PAS perlu bertanggungjawab dan perlu memikul beban dosa para penyokongnya yang melampaui batas itu.

Ada juga sesetengah pemimpin menyatakan bahawa kita tak perlu DAP lagi, kita ada NGO seperti DHPP. Kini DHPP pun meragui kredibiliti ulamak PAS. Tinggal siapa lagi di kalangan bukan-Islam yang menyokong PAS?

Sebelum ini GB sudah mengulas, petikan:

Itulah hukum alam, itulah hukum kebenaran dan keadilan. Itu sunnatullah!

Haji Hadi sebagai Presiden dan Mustafa Ali sebelum ini sebagai Setiausaha Agung membiarkan fenomena buruk dan jahiliyah itu berlaku di dalam parti untuk memberi kemenangan kepada golongan ulama.Oleh itu kemenangan golongan ulama adalah dengan cara yang begitu keji dan hina, yang mana sudah pasti tiada keredhaan dan keberkatan dariNya.

Jika bukan Islam sudah tidak sokong PAS lagi, hendak diharap daripada siapa lagi yang menyokong PAS? Malah separuh dari akar umbi PAS pun sudah tidak akan menyokong PAS lagi. Mereka bersimpati dengan golongan profesional yang disingkirkan di dalam muktamar lalu sedangkan golongan profesional inilah yang telah mengangkat martabat PAS ke aras yang ada sekarang ini.

Dengan ketiadaan sokongan bukan Islam, ketiadaan separuh akar umbi PAS, kat siapa lagi PAS nak raih undi? Raih daripada UMNO... mungkin... tetapi mahukah UMNO memberi undi kepada mereka sedangkan dalam UMNO sendiri sudah ramai calon yang perlu mereka fikirkan?

Siapa yang mahu sokong PAS di bawah ulama yang suka maki hamun?

Sebagai seorang Islam, kita dilarang mengambil pemimpin yang tidak berakhlak Islam seperti memaki-hamun dan memfitnah walaupun ia seorang ulama. Akhlak sedemikian tidak selaras dengan hukum hudud yang diperjuangkan. Kelak kita akan ditanya oleh Allah swt mengapa kalian memilih pemimpin yang tidak mempunyai akhlak Islam? Nak jawab apa?

Sebenarnya ulama PAS inilah yang sedang menghantar PAS ke liang lahad.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.