`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Monday, July 27, 2015

Muhyiddin Pengkhianat kepada orang Melayu - Macai


Sebagaimana yang dijangka, setelah Muhyiddin meluahkan apa yang terbuku di hatinya mengenai Skandal 1MDB beliau kini mula menjadi sasaran serangan penyokong-penyokong UMNO yang taksub dengan kepimpinan Rosmah dan Najib.

Tambahan pula kenyataannya kelihatan sama sekali bercanggah atau tidak sealiran langsung dengan apa yang penyokong-penyokong Najib mahukan.

Lagipun Muhyiddin tidak langsung mempertahankan Najib tapi mengasak Najib ke penjuru dengan isu 1MDB yang Muhyiddin sendiri turut mahu Najib yang memberikan penjelasan bukannya orang-orang di keliling Najib yang jelaskan.

Rentetan dari itu Timbalan Presiden UMNO itu dianggap sebagai pengkhianat kepada orang Melayu, parti UMNO dan para sahabat.

Malah beberapa skandal yang dikatakan melibatkan Muhyiddin cuba untuk dibangkitkan..

Tapi persoalannya disini ialah mengapa Muhyiddin dikatakan sebagai 'Pengkhianat Melayu'?.. adakah kerana Najib itu seorang Melayu maka apa yang dilakukannya walaupun nampak tak betul kita sebagai bangsa Melayu perlu menyokongnya?

Sokong membabi buta walaupun akhirnya tanah Melayu yang tergadai?

Dalam hal ini bukan isu bangsa yang perlu kita lihat.. tapi soalnya ialah ke mana RM2.6 Billion itu telah pergi?

Bacalah.

Assalamualaikum Tan Sri Muhyiddin, 
Malam tadi mengesahkan bahawa Tan Sri ialah seorang Timbalan Presiden UMNO yang berstatus pengkhianat kepada orang Melayu, parti UMNO dan para sahabat. 
Tidak, saya tidak bercakap mengenai skandal tanah di Johor atau skandal Bestari.Net dengan YTL. Saya bercakap soal ucapan Tan Sri semasa merasmikan UMNO Bahagian Cheras malam tadi. 
Tan Sri bukan sahaja memburukkan Presiden parti, mempertikaikan cara kabinet menanganinya, malah mendedahkan perbualan Tan Sri dengan rakan kabinet lain. Tan Sri sungguhpun secara berlapik, tapi jelas membawa maksud 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) ini satu skandal besar. 
Tan Sri juga menyatakan jika pilihan raya diadakan hari ini, Barisan Nasional akan kalah. 
Tan Sri, apabila kita datang merasmikan UMNO bahagian, kita mahukan UMNO Bahagian yang bersemangat waja, bersatu dan bersedia berhadapan pilihan raya pada bila-bila masa. Malangnya, Tan Sri datang seperti mahu bertanding jawatan Presiden UMNO atau mahu menjahanamkan UMNO. 
Jika ikhlas dalam perjuangan sudah tentu Tan Sri akan kata isu 1MDB ini kita biarkan pihak berkenaan menyiasat mencari kebenaran dan keadilan kerana ia membabitkan isu yang besar dan kompleks. 
Malangnya, Tan Sri memilih untuk membelasah Presiden kerana mahu menjadi hero. Tan Sri Khianat kepada kerajaan dan sahabat dalam Kabinet. 
Tan Sri berada dalam Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang memutuskan untuk menunda pemilihan UMNO 2016. Jika Tan Sri percaya Mohd Najib bersalah dalam skandal 1MDB mengapa bersetuju ditangguhkan pemilihan UMNO? Bukankah Tan Sri sepatutnya meminta diadakan pemilihan UMNO supaya Tan Sri dapat bertanding dan membersihkan UMNO? 
Tan Sri bersama MT UMNO bersetuju menangguhkan pemilihan UMNO 2016 yang sepatutnya dijadikan medan membersihkan parti jika benar ia sudah teruk seperti yang didakwa. Tan Sri tidak pentingkan orang Melayu tetapi kedudukan Tan Sri. Tan Sri khianat kepada orang Melayu di bawah. 
Hari ini, Tan Sri datang ke mesyuarat UMNO dan mendakwa kita tidak boleh menang pilihan raya Umum jika diadakan hari ini. Panglima perang apa yang mengumumkan kepada orang ramai dan bala tentera sendiri bahawa tidak akan menang perang? Tan Sri khianat parti UMNO dan Barisan Nasional. 
Bagi saya rakyat biasa, hari ini Tan Sri khianat kepada orang Melayu, parti UMNO, Kerajaan Malaysia dan para sahabat. 
Ikhlas
Amin Yatim

Kah.. kah.. kah.. biasalah tu.. bukan dalam UMNO saja ada budaya ni, dalam lain-lain parti politik pun ada orang macam ni..

Asal melawan saja cakap pihak atasan macam-macam labellah yang kena nanti.. walaupun jelas apa yang pihak atasan tu buat nampak tak betul..

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.