Ramai termasuk aku sendiri tertanya-tanya kenapa dua buah Bank yang dinamakan oleh The Wall Street Journal dalam dakwaannya terhadap Najib hingga kini masih membisu.
Ambank dengan mudah boleh mengeluarkan satu kenyataan mengatakan bahawa akaun-akaun ini yakni 2112022011880, 2112022011906 dan 2112022009694 bukanlah akaun milik Presiden UMNO iaitu Najib Tun Razak..
Begitu juga dengan Bank Negara yang menjaga transaksi dan laporan tunai, Jika USD681 Juta dipindahkan dari luar negara kedalam akaun yang dikatakan milik Najib di AmBank itu Bank Negara sudah pasti menyedarinya..
Samada akaun yang dimaksudkan itu masih kekal atau ditutup serta seluruh wang telah dipindah keluar negara Bank Negara pasti menyedarinya..
Sama dengan AmBank, Bank Negara Malaysia boleh mengeluarkan satu kenyataan menafikan wujudnya transaksi yang didakwa itu..
Tapi kenapa Bank Negara juga membisu?.. Adakah mereka bersekongkol dengan Mahathir untuk menjatuhkan Najib?
Ini jawapannya...
KUALA LUMPUR: Pihak AmBank atau Bank Negara Malaysia (BNM) disifatkan tidak boleh mendedahkan nombor akaun yang didedahkan Asian Wall Street Journal (AWSJ) yang didakwa atas nama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak benar-benar wujud atau sebaliknya.
Bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, bank-bank berkenaan dilihat perlu merahsiakan maklumat sekali gus tindakan itu tertakluk kepada undang-undang di bawah Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan (BAFIA).
"Tiada sebab Najib atau mana-mana menteri Kabinet yang dilihat boleh mengeluarkan arahan kepada AmBank atau BNM supaya mengeluarkan rekod bank seseorang individu. BAFIA halang AmBank dan BNM dedah pemilik akaun kontroversi tersebut.
"Jadi tidak ada apa yang boleh mendesak kedua-dua bank itu untuk mendedahkan apa sahaja yang tertakluk di dalam Akta BAFIA, jika didedah, kepercayaan rakyat termasuk dunia kepada sistem perbankan negara akan musnah," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Abdul Khalid mengulas kenyataan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli yang menggesa AmBank serta BNM mengesah atau menafikan sama ada nombor akaun yang didedahkan AWSJ yang didakwa atas nama Najib benar-benar wujud.
Jelas Rafizi, langkah ini dapat memberi gambaran terbaik kepada rakyat sama ada Najib benar-benar terlibat atau tidak dalam pengambilan dana berjumlah hampir AS$700 juta (RM2.6 bilion) dari 1MDB.
Sebelum ini, Abdul Khalid merupakan seorang ahli korporat dan pernah menjadi Ketua Pengarah Eksekutif (CEO) firma syarikat kewangan yang diselia kerajaan Permodalan Nasional Berhad (PNB).
Pada tahun 1981, Abdul Khalid menjadi terkenal setelah menyelesaikan 'serangan Subuh' di London Stock Exchange, yang mana PNB mencatat agihan 51 peratus syer di syarikat perindustrian British iaitu Guthrie kurang daripada dua jam.
Abdul Khalid kemudian menjadi CEO Malaysianized Guthrie yang kini dikenali sebagai Kumpulan Guthrie Bhd dari tahun 1995 sehingga 2003.
Dalam pada itu ujar Abdul Khalid, kenyataan Rafizi sekali gus dilihat mengelirukan orang ramai serta sengaja menimbulkan persoalan yang tidak harus terjadi.
Bagaimanapun katanya, pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) disifatkan boleh memulakan siasatan ke atas pemilik akaun bank yang didakwa AWSJ serta Sarawak Report.
"Akta BAFIA itu pula tidak tertakluk kepada kuasa SPRM sendiri untuk 'masuk' dan memulakan siasatan terhadap laporan media itu.
"Hasil daripada siasatan harus diumum dan ia akan menyelesaikan kemelut yang melanda Najib sendiri," ujarnya.
Pada Ahad, Najib menegaskan, selaku perdana menteri yang dipilih rakyat, dia tidak akan sesekali mengkhianati rakyat dan harta benda negara ini.
Kata Najib, pihaknya tidak akan membenarkan anasir luar untuk menggugat dan menjatuhkan kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang dipilih oleh rakyat, sesuka hati mereka.
Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dalam kenyataannya baru-baru ini berkata, pihak berkuasa kini menyiasat tiga buah syarikat yang dikaitkan dengan dakwaan AWSJ yang juga dilaporkan oleh Sarawak Report lapor AstroAwani
BAFIA.. sebabnya.. jadi susahlah kalau Najib mahu rakyat mempercayai kata-katanya 100%.. macai mungkin percaya..
Jadi tepatlah kalau bekas Peguam Negara Tan Sri Abu Talib Othman, mahu Najib sendiri segera menjelaskan sama ada beliau mempunyai beberapa akaun peribadi di AmBank itu..
"Kesan memfailkan saman undang-undang terhadap WSJ akan mengambil masa yang lama. Perkara segera adalah bagi perdana menteri untuk menjelaskan sama ada beliau mempunyai akaun di bank itu," kata Abu Talib.
Tapi masaalahnya ialah kalau Najib mengaku dia ada akaun di AmBank, secara tidak langsung dia dah akui akan kebenaran WSJ tentang beliau memiliki akaun di AmBank..
Sudahlah Peguam Negara sendiri pun dah sahkan melihat laporan siasatan yang didakwa WSJ tu..
Nak nafikan pula nanti WSJ dan Sarawak Report keluarkan detail transaction tu pula lagi haru..
Ahhh... tersepit pulak Pahlawan Bugis ni..
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.