`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Monday, July 6, 2015

Rafizi tak faham tapi komen pasal Off Shore Co.


Rafizi bermain sentimen negatif terhadap Cayman Island yang terbina dari isu 1MDB untuk buat tuduhan bahawa MARA Inc menggunakan syarikat pesisiran pantai untuk beli hartanah bagi tujuan jahat.

Memetik dari laman Selangorkini:

-----------------------------

Pengarahnya, Rafizi Ramli, berkata, MARA Inc menubuhkan satu syarikat milik penuh di luar pesisir pantai yang didaftarkan di British Virgin Island (BVI) bagi dua hartanah, 746 Swanston Street dan Dudley International House.

Sementara itu, MARA Inc menggunakan tiga lapisan syarikat yang didaftarkan di negara berbeza iaitu Malaysia (Labuan), Singapura dan Australia untuk memiliki dua hartanah lain iaitu 333 Exhibition Street dan 51 Queen Street, .

IMG_9304“Bagi 333 Exhibition Street, hartanah ini dipegang melalui Powerwell Holdings Limited (didaftarkan di Labuan), seterusnya dimiliki Carlton Garden Pte Ltd (Singapura) dan akhirnya Peters Equity Pty Ltd.

“Bagi 51 Queen Street pula, ia dipegang melalui Vortex Holdings Limited (didaftarkan di Labuan), seterusnya dimiliki Marinn Property Pte Ltd (Singapura) dan akhirnya Queville Pty Ltd.

“BVI bermakna segala maklumat kewangan dan operasi milik syarikat itu dilindungi sepenuhnya oleh kerahsiaan dan tidak termasuk dalam carian umum.,” katanya pada sidang media, hari ini.

Rafizi berkata, tindakan menggunakan syarikat berbeza bukan sahaja menimbulkan syak wasangka, bahkan menelan belanja pengurusan dan pentadbiran yang merugikan MARA.

Beliau turut mempersoalkan mengapa syarikat BVI, Labuan dan Singapura digunakan untuk membeli hartanah itu kerana MARA Inc pemilik sebenar.

Sepenuh di SINI

-----------------------------

Wahai Rafizi bakal banduan BAFIA

Mana ada syarikat beli property dapat masukkan ia direct bawah syarikat tersebut????

Mestilah ada special company khusus di tubuh untuk diletakkan hartanah tersebut bawahnya untuk segala accounting dan geran! Kalau MARA Inc beli direct, nanti terdedah pada pada pelbagai liability.

MARA Inc boleh tubuh sebuah syarikat di Malaysia tapi maka perlu tubuh pejabat di Australia dan kos pembiayaan dari segi staf.

Masaalah sama jika tubuh syarikat di australia. Tambah lagi ada syarat Pengarah Tempatan dan bayar gaji dia lagi.

Jika guna off shore company, tak perlu wujudkan pejabat. Hanya kos selenggara dan kesetiausahaan. 

Itu sebab MARA guna syarikat off shore. Tambah lagi syarikat BVI yang dikatakan Rafizi untuk urusan Swanton dan Dudley House itu sudah di localised. Maknanya sudah didaftar di Australia. Cara demikian tak perlu ada resident director.

Dalam hal syarikat Queville Pty Ltd dan Peters Equity Pty Ltd. kedua-dua ini adalah syarikat yang manageran hartanah terletak bawahnya. MARA Inc hanya membeli hartanah dengan cara mudah untuk beli syarikat saja.

Yang cerita berlapis-lapis tu ...cuma dari syarikat off shore beli hartanah, dia beli syarikat yang mengandungi hartanah. Ini semua memudahkan untuk jual.

Syarikat off shore ini pun akhirnya akan ditukar ke Labuan. MARA bantu business di Malaysia. Apa bendalah Rafizi ... bohong saja

Kata property valuer. Tapi Anuar Musa pun tak boleh jawab!!! Tapi nak kenakan PM????

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.