`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Friday, January 8, 2016

Blogger Aduka Taruna Ditangkap Polis Kerana Hina Sultan Johor



Johor Baharu – Seorang lelaki yang menggelarkan dirinya sebagai Aduka Taruna ditahan polis hari ini bagi membantu siasatan berhubung tulisan menghina dan menghasut institusi Kesultanan Johor melalui laman sosial Facebook (FB).

Lelaki tempatan berusia 36 tahun itu ditahan kira-kira 10 pagi ini di kawasan perumahan Padang Tembak, Pengkalan Chepa, Kelantan.

Ketua Polis Johor, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd, yang mengesahkan perkara itu, berkata penahanan suspek adalah untuk membantu siasatan kes yang dilaporkan di Balai Polis Skudai, semalam.

Polis turut merampas sebuah telefon bimbit dan komputer riba daripada suspek berkenaan.



“Kes disiasat di bawah Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948. Jika sabit kesalahan, dia boleh didenda maksimum RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya dalam kenyataan, di sini.

Menurutnya, perintah reman untuk lelaki tersebut akan dipohon daripada mahkamah dalam waktu terdekat.

Wan Ahmad Najmuddin menasihatkan orang ramai agar tidak menyalahgunakan laman sosial untuk menyebarkan kenyataan berbaur fitnah atau hasutan, yang boleh mencemarkan kredibiliti kerabat diraja atau mana-mana individu, lapor Bernama.

Dalam tinjauan yang dibuat di akaun Facebook Aduka Taruna, update terkini di akaun tersebut meminta sumbangan para penyokong PSM untuk menyalurkan bantuan wang ringgit bagi menampung perbelanjaan anak dan isteri beliau.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.