KUALA LUMPUR, 9 Jan — Masalah kelaparan di kampus-kampus tempatan makin serius. Ramai pelajar dilaporkan tidak makan kerana masalah kewangan.
Satu tinjauan Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia (MVM) mendapati 57 peratus mahasiswa hanya memperuntukkan RM5 sehari untuk makanan.
Kajian yang melibatkan 25,632 mahasiswa di enam universiti awam mendapati 41 peratus hanya makan mi segera, manakala 44 peratus hanya makan “nasi bujang.”
Di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), jika keadaan benar-benar serius, 300 bungkus makanan percuma boleh habis dalam masa 10 minit, kata aktivis kumpulan Food for Mahasiswa (FFM).
Kumpulan sukarela ini ditubuhkan sejak April lalu oleh lima pelajar tahun akhir sarjana muda undang-undang UKM bagi membantu meredakan sedikit masalah pelajar yang memerlukan.
Selamat datang kepada pelajar pelajar Tahun 1 yang baru mendaftar di UKM. Tahniah kami ucapkan. Peringkat awal semester...
“Kami rasa tidak seronok tengok kawan-kawan dan pelajar yang lain dalam kelaparan. Kami duduk bersama dan keluar idea spontan untuk membantu mereka dengan cara yang terbaik.
“Ada yang suruh kumpul duit, tapi masalahnya kita pun tidak cukup duit. Kemudian terfikir, kenapa tidak kita bagi mereka makan?
“Kalau bagi makanan, mereka tidak rasa segan hendak terima, berbanding [terima] duit,” kata Muhammad Khairul Farhan Mohd Rakbi, pengasas bersama FFM, kepada ProjekMMO semalam.
Beliau berkata gerai makanan percuma FFM dibuka tiga hari seminggu, Selasa hingga Khamis semasa musim awal semester.
Menjelang musim peperiksaan hingga akhir semester, yang dianggap lebih genting kerana pelajar mula kekeringan wang, FFM dibuka setiap hari bekerja mulai jam 8 malam.
“Kalau hari biasa kita sediakan makanan 250 pek. Tetapi apabila musim kritikal, ketika pelajar semakin kehabisan wang saku hujung semester, kami akan sediakan 300 hingga 350 pek makanan.
“Kebiasaannya nasi ayam kicap, ayam masak merah, atau nasi lemak ayam. Makanan rujinya nasi kerana kami juga mahu rakan-rakan mendapat khasiat agar dapat belajar,” katanya.
Khairul Farhan, 25, yang kini bergelar graduan, berkata ada juga penderma yang membantu membekalkan roti dan makanan lain.
“Makanan yang disediakan tidak pernah tidak habis. Lebih-lebih lagi ketika musim kritikal. [Kami] buka gerai pukul 8 malam, tidak sampai 10 minit sudah habis,” katanya.
FFM tidak memilih kumpulan sasarannya. Program makanannya terbuka kepada semua pelajar tanpa mengira latar belakang ekonomi.
“Kita tiada data atau ahli berdaftar atau siapa yang patut terima makanan. Tetapi kalau diperhatikan, sejak gerakan ini dibuat tahun lalu, hari-hari nampak muka yang sama beratur.
“Maknanya walaupun pelajar itu berduit tetapi mungkin ketika itu dia dalam kesusahan, kita wajib bantu. Sesiapa sahaja yang memerlukan, kita beri [makanan]. Kita tidak pernah tanya,” katanya.
Khairul Farhan juga berkata FFM kini semakin mendapat perhatian masyarakat, termasuk sumbangan daripada Pusat Zakat UKM sebanyak RM10,000 setiap bulan sejak bulan lalu.
Dana daripada pusat zakat disalurkan terus kepada pembekal makanan. Kumpulan ini juga mendapat sokongan beberapa penderma dan tajaan lain daripada orang awam.
“Kami memerlukan sumber sebanyak RM1,200 setiap kali agihan dibuka. Seminggu, kami perlukan RM6,000 dan sebulan RM24,000,” katanya.
“Harapan kami bukanlah bercita-cita tinggi hendak membasmi kemiskinan secara keseluruhan tetapi apa yang kami buat semoga dapat membantu apa yang kurang.”
Setakat ini, tambahnya, FFM memiliki kira-kira 10 sukarelawan dan ia berharap dapat memperluaskan lagi kerja baktinya, termasuk golongan kurang berkemampuan di luar kampus.
“Kami mahu pastikan, kalau tak boleh nak tolong lebih, sekurang-kurangnya mahasiswa tidak perlu ikat perut dan tidak tidur dalam kelaparan,” katanya.
Katanya, orang ramai yang mahu menyokong gerakan ini atau menghulurkan bantuan boleh ikuti FFM di Twitter @Food4Mahasiswa dan dan Facebook ‘Food For Mahasiswa.’
http://m.themalaymailonline.com/






kami sekeluarga tak lupa mengucapkan puji syukur kepada ALLAH S,W,T
ReplyDeletedan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor togel.nya yang AKI
berikan 4 angka 3073 alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus AKI.
dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu AKI. insya
allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
sekali lagi makasih banyak ya AKI… bagi saudara yang suka main togel
yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi AKI SOLEH,,di no (((082-313-336-747)))
insya allah anda bisa seperti saya…menang togel 275
juta, wassalam.
dijamin 100% jebol saya sudah buktikan...sendiri....
Apakah anda termasuk dalam kategori di bawah ini !!!!
1"Dikejar-kejar hutang
2"Selaluh kalah dalam bermain togel
3"Barang berharga anda udah habis terjual Buat judi togel
4"Anda udah kemana-mana tapi tidak menghasilkan solusi yg tepat
5"Udah banyak Dukun togel yang kamu tempati minta angka jitunya
tapi tidak ada satupun yang berhasil..
Solusi yang tepat jangan anda putus asah....AKI SOLEH akan membantu
anda semua dengan Angka ritwal/GHOIB:
butuh angka togel 2D 3D 4D SGP / HKG / MALAYSIA / TOTO MAGNUM / dijamin
100% jebol
Apabila ada waktu
silahkan Hub: AKI SOLEH DI NO: (((082-313-336-747)))
KLIK DISINI BOCORAN TOGEL HARI INI
angka GHOIB: singapur 2D/3D/4D/
angka GHOIB: hongkong 2D/3D/4D/
angka GHOIB; malaysia
angka GHOIB; toto magnum 4D/5D/6D/
angka GHOIB; laos