KOTA BHARU - Dua anggota tentera dan seorang pemandu van direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes seorang lelaki dipercayai penyeludup yang maut terkena tembakan di Kampung Banggol Ubi Keling, Rantau Panjang dekat sini.
Perintah reman bermula hari ini itu dikeluarkan oleh Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Sesyen, Nurul 'Huda Akmal Mohamed mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.
Hari ini Kosmo! melaporkan seorang lelaki yang baru tiga hari terjebak aktiviti penyeludupan maut selepas terkena tembakan senjata Colt M4 Carbine.
Difahamkan, anggota tentera yang bertugas di pos itu melepaskan tembakan selepas kenderaan itu enggan berhenti untuk pemeriksaan namun peluru daripada senjata berkenaan terkena mangsa yang merupakan penumpang hadapan.
Polis menahan dua anggota tentera tersebut serta pemandu van bagi membantu siasatan. -

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.