
Di dalam Laporan PAC yang diedarkan pada bulan April lepas, kita dikejutkan bahawa hutang 1MDB setakat Januari 2016 berjumlah RM50 billion!
Ini bermakna sejak dari tahun 2009, Najib Razak telah meluluskan 1MDB untuk mengambil sehingga RM50 billion hutang dari bank-bank di Malaysia dan di seluruh dunia.
Jika kita mempunyai seorang Perdana Menteri yang bijak, dengan menggunakan wang RM50 billion, Malaysia mungkin dapat:
- Sebuah lagi KLIA (RM8.5 billion)
- Sebuah lagi KLCC ( RM6.4 billion)
- Sebuah lagi bandar pentadbiran seperti Putrajaya (RM12 billion)
- Sebuah lagi jambatan seperti jambatan kedua di Pulau Pinang (RM4.5 billion)
- Memberi biasiswa kepada 20,000 pelajar untuk belajar di universiti terkenal di luar negara (RM6.5 billion)
- Membina 50 buah hospital di bandar-bandar kecil dengan kos RM100 juta setiap satu (RM5 billion)
- Membina 100 buah sekolah di seluruh Malaysia dengan kos RM50 juta setiap satu (RM5 billion)
- Memberi bantuan pinjaman perniagaan kadar faedah rendah sebanyak RM210,000 kepada 1,000 orang peniaga di dalam industri kecil dan sederhana.
Malang sekali, duit yang 1MDB dapat sebanyak RM50 billion itu telah disia-siakan kerana Perdana Menteri kita bernama Najib Razak ini bukan sahaja tidak cerdik, malah dia mengaku lebih suka bermain game ‘hangman’ jika merasa bosan di dalam mesyuarat!
Seperti anak kecil yang mendapat duit yang banyak tetapi tidak tahu menggunakannya dengan betul, 1MDB sekarang bukan sahaja tidak mendapat apa-apa dari RM50 billion tersebut, tetapi untuk membayar semula hutang-hutang itu, mereka sudah terpaksa:
- Menjual tanah di Bandar Malaysia dengan harga RM5.28 billion
- Menjual IPP Edra dengan harga RM10 billion
- Masuk angin, keluar asap
- Sedar bahawa mereka sudah tiada aset lagi untuk dijual
- Mengaku harta milik rakyat Malaysia sudah tergadai, tetapi tiada satu pelaburan yang dijanjikan mendatangkan hasil
Yang mereka cuma sempat bina adalah membuat renovasi di Masjid Kampung Baru dengan kos RM20 juta, itu pun dengan gunakan duit hutang. Ataupun mendabik dada menghantar 1,000 orang kampung ke Mekah untuk menunaikan haji dengan menggunakan wang hutang.
Itu lah sahaja kebaikan yang dibuat oleh 1MDB. Itu pun daripada hasil duit hutang yang tidak mampu terbayar.
Sebaliknya, duit hutang yang di ambil itu sebenarnya sudah digunakan oleh Najib dan rakan-rakannya untuk:

Di ambil dari blog http://www.shuzheng.wordpress.com
Syukur juga dalam masa yang sama 1MDB telah menghanguskan RM50 billion duit rakyat, Najib Razak telah mendapat sedekah berbillion-billion ringgit kerana dia sememangnya seorang yang miskin dan layak untuk menerima derma dan sedekah jariah.

Penerima sedekah nombor satu dunia
Apa yang yang terjadi kepada wang itu, tiada seorang pun yang boleh memberi jawapan yang benar dan tepat kerana wang itu adalah wang yang diambil dan dibelanjakan secara haram dan menyalahi undang-undang.
Yang mendapat hasil dari RM50 billion hutang bukanlah rakyat Malaysia. Malah rakyat Malaysia terpaksa menanggung malu kerana salah satu syarikat antarabangsa sudah mula menuntut wang RM26 billion seperti yang disebut di dalam perjanjian yang dibuat oleh 1MDB pada bulan Mei 2015.
Siapakah yang akan membayar wang ini? Jawapannya ialah kita semua, siapa lagi? -jebatmustdie

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.