`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Sunday, June 12, 2016

Jangan Politikkan Isu Melibatkan Agama - Rafidah Aziz


Veteran UMNO, Tan Sri Rafidah Aziz berharap semua pihak agar tidak mempolitikkan sebarang isu yang melibatkan agama.

Tegasnya, ia termasuk isu hukum hudud yang cuba dimanupulasi sesetengah pihak yang dilihat hanya akan mewujudkan ketidaktenteraman dalam kalangan masyarakat.

"Saya rasa jika kita kita tahu pegangan agama kita yang mana bukannya (fikir) potong tangan, kepala, dan sebagainya, saya rasa kita akan memahaminya.

"Saya baca banyak perkara mengenai hudud, orang bercakap mengenai hudud dalam cara yang positif, ada yang kata: "Ia (hudud) bukan semata-mata potong tangan, ia berkaitan dengan banyak perkara yang perlu dilihat," katanya semasa menjadi tetamu undangan rancangan bual bicara santai, Obviously Harith Iskander (OHI) di Astro Bukit Jalil di sini hari ini.

Menurut Rafidah, beliau kecewa dengan sesetengah pihak yang cuba menakut-nakutkan orang ramai dengan memberi gambaran yang tidak baik mengenai hudud.

"Kenapa mesti perlu terlalu ekstrim dan menakut-nakutkan semua orang? Sebagai orang Islam, jika iman kita kuat, saya rasa kita tidak perlukan undang-undang yang sudah lapuk," tegas beliau.

Pada masa sama, katanya, setiap orang perlu bertanya kepada diri masing-masing adakah setiap kelakuan dan tindak tanduk dilakukan adalah selari dengan identiti mereka sebagai umat Islam.

Justeru katanya, bukan sahaja agama, banyak perkara lain tidak seharusnya dipolitikkan termasuk isu pendidikan dan kaum ~ AstroAwani

1 comment:

  1. saya ingin menyampaikan kepada
    seluruh TKI TKW yang bekerja di negeri orang
    saya IBU RITA seorang TKI DI HONGKONG.
    pengen pulang ke indonesia tapi gak ada ongkos pulang sempat saya putus asah,gaji pun selalu di kirim ke indo untuk biaya anak sekolah,sedangkan hutang banyak,kebetulan teman saya buka-buka internet mendapatkan nomor MBAH LIMPAH..katanya bisa bantu orang melunasi hutang melalui jalan TOGEL..dengan keadaan susah jadi saya coba hubungi MBAH LIMPAH..karna saya pikir tidak ada salahnya kita coba,dan saya minta
    angka bocoran HONGKONG..angka yang di berikan MBAH LIMPAH 4D syukur alahamdulillah ternyata betul-betul tembus 100%,bagi saudarah-saudarah di indo maupun di luar negeri,apabila punya masalah hutang sudah lama belum lunas
    jangan putus asah beliau bisa membantu meringankan masalah anda,dengan meritualkan angka togel ghoib,SINGAPURA/HONGKONG/MALAYSIA DAN LAIN-LAINNYA 2D,3D,4D,5D, atau 6D yang betul-betul tembus,hubungi MBAH LIMPAH di nomor hp: (-085-312-407-999-) silahkan anda buktikan sendiri,saya sudah membuktikan angka dari MBAH LIMPAh..sekarang giliran anda untuk MEMBUKTIKANNYA!!!

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.