`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Thursday, June 9, 2016

Najib Razak Hanya Manusia Yang Fana

Image result for najib dan rosmah

Artikel dari penulisan: Tuan Sheikh Awang Belanga
Untuk pengundi-pengundi budiman di Sungai Besar dan Kuala Kangsar. Salam dari kotaraya Seoul di Korea Selatan.
Petang tadi, di sebuah kedai runcit, seorang pekedai yang peramah hilang bicaranya sebaik mengetahui yang saya orang Malaysia. Saya teringat beberapa tahun lalu, di mana saja kita berada, kebanyakan mereka di Asia sering senang dengan orang Malaysia. Kini kita dilihat tak lain sebahagian dari kekotoran dunia; rakyat dari negara penjahat dan penyamun yang tidak bermaruah.
Inilah bahananya apabila mengundi pemimpin yang korup, penipu dan zalim untuk mentadbir negara. Kita telah terpalit najis rasuah dan kini dipandang hina masyarakat dunia.
Dikesempatan pilihanraya kecil ini, marilah kita membersihkan air muka dan maruah kita sebagai sebagai orang Timur yang terkenal beragama dan berpegang kepada kejujuran.
Ingatkanlah diri kita Najib Razak bukanlah Tuhan. Ia juga bukanlah Nabi. Seperti kita, beliau hanyalah manusia biasa. Ia perlu minum air untuk hidup. Bila penuh pundi kencingnya, beliau juga harus ke tandas, sepertimana kita jua. Isterinya juga bukanlah bidadari dari syurga yang tidak perlu mengisi perutnya. Bila lapar, Rosmah harus makan, walaupun makanannya mahal, makanan itu 6 jam kemudian akan menjadi najis. Di dalam mangkuk tandas, najis Datin Rosmah tetap busuk baunya, walaupun beg tangannya yang tersangkut di pintu tandas itu beratus ribu ringgit harganya.
Njaib1Seperti mana manusia biasa lain, Najib Razak juga satu hari akan dicabut nyawanya oleh Tuhan. Mungkin malam ini, mungkin 100 tahun lagi, tiada siapa yang tahu melainkan Tuhan. Bila tiada lagi nafas di tubuhnya, najisnya akan dibuang sebelum ia dikafankan. Kemudian jenazahnya akan dihantar ke liang lahad. Jam Hublot yang beratus ribu ringgit harganya tidak boleh dibawanya. Beberapa hari setelah ia dimakamkan, tubuhnya akan dimamah ulat. Seperti mana kita jua. Tidak lebih dan tidak kurang.
Begitu juga soldadu-soldadu Najib Razak. Nazri Aziz juga manusia yang tetap menanti mati dengan disumbat hidungnya dengan kapas. Apakah rakyat akan meludah kuburnya,, kita doa dijauhkan. Zahid Hamidi, walaupun petah memetik surah Al-Quran, akan turut menghadapi maut, seperti mana menantunya. Azalina juga akan dikain-kafankan satu hari. Kita doakan beliau satu hari mati dalam keadaan seperti mana wanita biasa lain, tidak dalam status sub-judis di mahkamah Tuhan walaupun memegang tampuk kuasa undang-undang. Saleh Said Keruak, walaupun keras kata-nistanya, akhirnya akan hilang suara dan berpeluh dahinya apabila berhadapan dengan kematian.
Untuk para pengundi Sungai Besar dan Kuala Kangsar, bantulah diri sendiri, keluarga dan 30 juta rakyat Malaysia untuk mendapat kembali maruah yang kini tercemar. Mengundi BN atau PAS bermakna kira menconteng arang ke muka sendiri. Mengundi mereka seumpama melumur najis ke wajah anak sendiri, seumpama kencing di kepala ibu dan ayah yang bertungkus lumus membesarkan kita. Mengundi calon-calon yang menyokong rasuah dan kezaliman adalah persis membunuh masa depan keluarga sendiri.
Untuk pengundi-pengundi beragama Islam, di bulan Ramadhan yang penuh keberkatan, kembalikan kemuliaan kepercayaan kita. Tolaklah kemunafikan. Semasa membuang undi, bacalah doa Nabi Nuh ketika di dalam kesusahan:
La ilaha illa Anta, Subhanaka, inni kuntu mina z-zalimin
[None has the right to be worshipped but You (O Allah)), Glorified (and Exalted) are You (above all that (evil) they associate with You). Truly, I have been of the wrong-doers]
Allah bersama-sama kita. Tegakkanlah kebenaran. Najib Razak dan juak-juaknya adalah manusia biasa yang akan musnah. Maka musnahkanlah kejahatan dan kezaliman mereka. Undilah untuk masa depan yang penuh bermaruah untuk anak dan cucu kita. Berpeganglah kepada prinsip Amanah.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.