`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, September 15, 2017

Jawatankuasa penyeragaman sekolah tahfiz harus diwujudkan, kata Mahdzir Khalid

Menurutnya, jawatankuasa itu akan bertanggungjawab menyeragamkan pendaftaran pelajar dan memperketat pemantauan keselamatan di pusat tahfiz seluruh negeri.
Mahdzir-Khalid-penyeragaman-sekolah-tahfizPETALING JAYA: Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata satu jawatankuasa antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri perlu diwujudkan untuk memperhalusi sistem pendidikan tahfiz di seluruh negara.
Cadangan ini dikemukakan beliau ekoran kejadian kebakaran pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat, Kuala Lumpur, awal pagi semalam yang mengorbankan 23 nyawa termasuk 2 warden.
“Jika lihat rekod dari 2011 sehingga 2017, sudah ada puluhan kes kebakaran yang melibatkan sekolah agama dan tahfiz seperti insiden di Johor dan Kelantan,” kata Mahdzir pada sidang akhbar hari ini.
Menurutnya, jawatankuasa itu akan bertanggungjawab menyeragamkan pendaftaran pelajar dan memperketat pemantauan keselamatan di pusat tahfiz seluruh negeri.
“Kini, pengurusan (pusat tahfiz) di bawah majlis agama Islam negeri, jadi sebolehnya kita harus lihat bagaimana kita boleh seragamkan pendaftaran dan pemantauan sekolah tahfiz.” katanya.
Beliau juga berkata kurikulum khusus yang menggabungkan pendidikan formal di samping mendalami al-Quran perlu dilaksanakan di pusat tahfiz.
Mahdzir berkata cadangan itu perlu dipersetujui raja-raja Melayu selaku ketua agama Islam di negeri masing-masing dan Yang di-Pertuan Agong.
Semalam, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi berkata sekolah tahfiz mesti tertakluk kepada dasar pendidikan tahfiz di samping mematuhi peraturan pihak berkuasa tempatan dan Jabatan Bomba dan Penyelamat. - FMT

1 comment:

Note: Only a member of this blog may post a comment.