`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Friday, August 17, 2018

Sabah minta autonomi bidang pendidikan pastikan kecekapan

Perkara itu dibincangkan dengan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik dan permintaan tersebut disambut positif.
Menteri Pelajaran dan Inovasi negeri, Dr Yusof Yacob berkata, Sabah perlukan autonomi membuat keputusan sendiri supaya haknya boleh diurus dengan baik. (Gambar Bernama)
TAWAU: Sabah mengemukakan permintaan kepada kerajaan Persekutuan untuk diberikan kuasa autonomi bidang pendidikan dalam usaha memastikan pelaksanaan dan pembangunan bidang itu diuruskan lebih cekap di negeri ini, kata Menteri Pelajaran dan Inovasi Sabah Datuk Dr Yusof Yacob.
Beliau berkata perkara itu ada dibincangkan dengan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik dan permintaan tersebut disambut positif.
“Sabah perlu autonomi membuat keputusan sendiri (dalam bidang pendidikan), bukan untuk konfrontasi dengan pusat tetapi supaya soal hak Sabah boleh diurus dan ditunaikan dengan baik.
“Kami perlu kebanyakan keputusan itu dibuat di Sabah, dasar kita masih ikut seperti yang diputuskan Kementerian Pendidikan Malaysia sehingga 2035,” katanya kepada pemberita selepas melawat Pejabat Pendidikan Daerah Tawau di sini, hari ini.
Berhubung lawatannya ke sebuah sekolah daif di Long Pasia, Sipitang, Yusof berkata bangunan baru untuk sekolah itu dibina di bawah program teknologi sistem binaan berindustri (IBS) tetapi tidak menepati ciri kemudahan ditetapkan untuk sebuah sekolah.
“Ada bangunan asrama dibina tetapi tidak ada tandas serta bilik mandi, selain ada bangunan darjah dibina tetapi tiada bilik guru dan pentadbiran di sekolah itu.
“Ini antara sebab saya mahu kuasa autonomi untuk Sabah, kerana pegawai di sini lebih tahu dan meneliti sesuatu projek sehingga selesai, apabila sudah merancang, kita sendiri memutuskan di Sabah,” katanya.
Sementara itu, Yusof berkata kerajaan memperuntukan RM500 juta pada tahun ini untuk menaik taraf 120 sekolah daif di negeri ini menerusi kaedah IBS.
“Kita ada 700 sekolah daif di Sabah dan sekolah ini harap dapat dinaik taraf dalam tempoh 5 tahun,” katanya. -FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.