`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, January 10, 2019

SIAPA AGONG SETERUSNYA?

ISTANA-istana diraja Pahang, Johor dan Perak sedang bersiap sedia untuk pemilihan Yang di-Pertuan Agong yang baharu kerana ketiga-tiga Sultan itu adalah ketua negeri paling kanan mengikut sistem penggiliran yang akan menentukan kedudukan jabatan tertinggi negara.
Sistem penggiliran  wujud sejak tahun 1994 setelah kesemua sembilan orang Sultan selesai menjalani tempoh penggal sebagai Agong sejak kemerdekaan Tanah Melayu pada tahun 1957.
Menurut proses pemilihan yang ditetapkan Majlis Raja-Raja, hanya sembilan raja Melayu yang boleh dipilih sebagai Agong untuk tempoh lima tahun, dan hanya daripada kalangan mereka sahaja yang boleh mengundi bagi jawatan itu.
Apabila sembilan raja Melayu bersidang pada 24 Januari depan, calon utama untuk jawatan Agong adalah orang yang menduduki takhta kesultanan Pahang. Sultan Pahang mesti mendapat sekurang-kurangnya lima undi “sesuai” daripada sembilan undi untuk dipilih dan sekaligus ditawarkan jawatan Yang di-Pertuan Agong.
Berikut adalah pengenalan ringkas tiga calon utama jawatan Agong yang akan dipilih hujung bulan ini.
Pahang
Menurut laporan New Straits Times, Istana Pahang kini sedang bersiap untuk mencalonkan Putera Mahkota Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah sebagai Sultan baharu sebelum tanggal 24 Januari ini.
Hal ini kerana Sultan Pahang yang kini berusia 88 tahun, Ahmad Shah Sultan Abu Bakar, yang juga bapa Tengku Abdullah, masih dalam keadaan gering.
Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah terkenal dalam sukan bola sepak apabila beliau mengetua FAM. – Gambar ihsan warga Facebook, 9 Januari, 2019.
Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah terkenal dalam sukan bola sepak apabila beliau mengetua FAM. – Gambar ihsan warga Facebook, 9 Januari, 2019.
Sultan Ahmad Shah mengambil alih takhta Pahang daripada ayahnya Sultan Abu Bakar Sultan Abdullah pada tahun 1974. Baginda sendiri pernah ditabal sebagai Agong dari tahun 1979 hingga 1984.
Dilahirkan di Pekan, Pahang. Tengku Abdullah akan menginjak usia 60 tahun pada 30 Julai depan. Beliau ditabal sebagai Putera Mahkota Kesultanan Pahang pada tahun 1975. Empat tahun kemudian, baginda ditabal sebagai Pemangku Raja Pahang, ketika ayahandanya Sultan Ahmad Shah dipilih sebagai Agong pada tahun yang sama.
Tengku Abdullah dilantik semula sebagai Pemangku Raja Pahang pada tahun 2017.
Di luar istana, Tengku Abdullah dikenang apabila baginda mengambil alih Persatuan Bola Sepak Malaysia dan percubaannya untuk memulihkan pasukan bola sepak negara.
Johor dan Perak
Mengikut proses pemilihan Agong, kesemua sembilan orang Sultan harus mengundi “sesuai” atau “tidak sesuai” terhadap Tengku Abdullah, kerana beliau adalah calon paling kanan mengikut sistem giliran.
Sekiranya calon paling kanan di kalangan sembilan orang Sultan gagal mendapatkan lima undi “sesuai”, proses itu akan dimulakan semula dengan calon seterusnya dalam giliran, iaitu Sultan Johor.
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dikenali kerana mengecam sikap perkauman yang wujud pada sesetengah warga Malaysia. – Gambar Facebook, 9 Januari, 2019.
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dikenali kerana mengecam sikap perkauman yang wujud pada sesetengah warga Malaysia. – Gambar Facebook, 9 Januari, 2019.
Sultan Johor Ibrahim Sultan Iskandar berusia satu tahun lebih tua daripada Tengku Abdullah dan menaiki takhta Johor pada tahun 2010, selepas kematian ayahandanya, Sultan Iskandar Sultan Ismail. Sultan Iskandar sendiri ditabal sebagai Agong dan memerintah dari tahun 1984 hingga 1989.
Berbanding dengan raja-raja Melayu yang lain, Sultan Ibrahim dilihat sebagai seorang pemerintah yang aktif terlibat secara langsung dalam landskap politik dan sosial di negeri Johor.
Baginda telah mengeluarkan keputusan mengubah hujung minggu negeri itu bermula pada hari Jumaat dan bukan hari Sabtu dan secara terbuka bertitah mengenai isu-isu perkauman. Pada tahun 2015, beliau memberitahu penduduk negeri yang memainkan isu perkauman untuk keluar daripada Malaysiadan pada tahun 2017, baginda mengarahkan kedai dobi khusus untuk penganut Islam mengubah perniagaannya atau berdepan dengan arahan tutup perniagaan.
Beberapa keputusan kontroversi seperti rancangan untuk memimpin lembaga perumahan baru negeri itu dan memerintahkan pihak berkuasa agama Johor untuk memutuskan hubungan dengan Jabatan Kemajuan Hal Ehwal Islam Malaysia (Jakim).
Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dikenali sebagai seorang sarjana dan sering dijemput di acara-acara akademik dan simposium. – Gambar fail The Malaysian Insight, 9 Januari, 2019.
Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dikenali sebagai seorang sarjana dan sering dijemput di acara-acara akademik dan simposium. – Gambar fail The Malaysian Insight, 9 Januari, 2019.
Manakala Sultan Perak Nazrin Muizzudin Sultan Azlan Shah berada di giliran seterusnya selepas Johor dan kini menjadi timbalan Yang di-Pertuan Agong. Jawatan ini juga akan turut dipilih sewaktu pemilihan 24 Januari depan.
Di usia 63 tahun, Sultan Nazrin juga merupakan yang tertua di antara Tengku Abdullah dan Sultan Ibrahim.
Nazrin ditabal menjadi Sultan Perak sejak 2014, selepas kematian ayahandanya, Sultan Azlan Sultan Yussuff. Seperti dua calon yang lain, ayahandanya, Sultan Azlan juga pernah berkhidmat sebagai Agong dari tahun 1989 hingga 1994.
Seorang sultan yang dikenali sebagai seorang sarjana, Nazrin merupakan tetamu kehormat yang sering dijemput dalam pelbagai simposium politik dan ekonomi. Beliau memiliki ijazah kedoktoran dan sarjana dalam bidang politik dan ekonomi dari Universiti Harvard Amerika Syarikat, dan juga ijazah sarjana muda dari Universiti Oxford, di Britain.
Baginda turut dilantik sebagai Canselor Universiti Malaya.
– https://www.themalaysianinsight.com

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.