`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, April 11, 2019

Another Stinger By Tamrin Tun Ghafar : "rakyat Johor boleh membuat keputusan memulihkan Sultan sebenar."

Image result for johor map

The following is attributed to Tamrin Tun Ghafar. It has gone viral since yesterday 9/4/2019.


PENUMPANG LUPA DARATAN

Tamrin Tun Ghafar

Selasa - 09/04/19 ( 1 - 46 )

1.  'Seperti Belanda Minta Tanah,  Dah Bagi Betis Nak Paha Pulak’.

2.  Itulah ragam hampir kesemua mereka yang diangkat sebagai Sultan; malangnya mereka ini hanya mahu mendapat kesenangan TANPA perlu berusaha seperti rakyat biasa; apa yang lazim didengar ialah “Beta Murka atau Sultan Murka” jika sekiranya permintaan mereka tidak dilayan.

3.  Mereka tak puas - puas meminta itu dan ini seolah - olah  harta yang menggunung yang dikumpulkan boleh melindungi mereka di alam barzakh (kubur) dan di akhirat kelak.

4.  Bukan itu sahaja, apabila meninggal, jenazah mereka hanya dikafankan dengan kain berwarna putih sahaja, bukan kain kuning. Segala harta terkumpul tidak dibawa bersama.

5.  Tidak seorang pun termasuk  anggota Askar Timbalan Setia atau Johor Military Force (JMF) yang akan menjadi pengawal peribadi ketika di liang lahat nanti.

6.  Tugas utama Mufti Johor dan  Penasihat Agama Sultan, Dato’ Nooh Gadut, ialah memandu mereka (Sultan dan keluarga)  ke jalan yang dituntut Allah.

7.  Mereka bertanggungjawab menasihat Sultan BUKAN membisu sahaja kerana takut hilang jawatan; ulama KENA BERCAKAP BENAR.

8.  Dari dulu hingga sekarang rakyat khasnya rakyat Johor tak putus - putus didendangkan dengan karenah Sultan dan ahli keluarganya.

9.  Dari penipuan hinggalah kezaliman dan pembunuhan - itulah mercu tanda atau ‘trade mark’  Kesultanan Johor.

10.  Peristiwa bagaimana bapa Sultan sekarang, Sultan Mahmood Iskandar mencederakan malah membunuh beberapa orang rakyat sesuka hati masih terbayang dalam ingatan.

11. 10 tahun dahulu Raja Muda yang kini bergelar Tengku Mahkota Johor (TMJ) dengan dibantu oleh beberapa orang pengawal peribadinya daripada JMF telah mencederakan dengan teruk cucu Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan.

12. Walaupun Tengku Nadzimuddin telah membuat tidak kurang 10 laporan polis tetapi sehingga kini kes itu ditutup begitu saja.

13. Jika Perdana Menteri mahu kes Pastor Raymond Goh dan Amri disiasat semula,  MENGAPA TIDAK kes Tengku Nadzimuddin? APA ISTIMEWANYA TMJ ini sehingga polis ketika itu sanggup melindungi perbuatan keji itu; SIASATAN SEMULA MESTI DILAKUKAN SEGERA.

14. Difahamkan tidak berapa lama dulu beberapa orang termasuk seorang pemain bola telah dipukul oleh TMJ; pun Polis tutup mata dan telinga saja.

15. Mungkin Ketua Polis Negeri dan beberapa Ketua Polis Daerah harus ditukar dengan pegawai yang lebih berani dan adil dalam menjalankan tugas - bukan semata-mata menjadi orang suruhan Istana sahaja.

16. RAKYAT MENUNTUT PERLINDUNGAN DAN KEADILAN.

17. Sejak menjelang pilihanraya umum ke 14, kedua-dua anak beranak ini telah mencampuri politik; mereka menyerang Tun Mahathir bertubi-tubi dengan pelbagai tohmahan.

18. Kini sekali lagi mereka khususnya TMJ bersikap kurang ajar dan biadap terhadap Perdana Menteri yang dipilih rakyat; sepatutnya beliau menunjukkan sifat baik yang boleh dihormati.

19. ‘Burung Gagak Itu, Walaupun Dimandikan Dengan Se-kolah Air Mawar Sekali Pun Tidak Akan Menjadi Putih Bulunya’.

20. Begitu juga ‘Seekor Anjing, Meski Dirantai Dengan Emas Pun, Nescaya Berulang-Ulang Juga Ke Tempat Najis’.

21. Pepatah ada menyebut ‘BAGAIMANA ACUAN BEGITULAH KUIHNYA’.

22. Mungkin darah lanun Bugis (Wallahhualam) masih mengalir di tubuh mereka yang menampakkan tingkahlaku dan perangai mereka sedemikian itu.

23. Mengikut sejarah,  sebenarnya Tengku Ibrahim (apatah lagi  dari kacukan Bugis dan  British), Sultan sekarang sehingga datuk moyangnya  Sultan Abu Bakar Ibrahim  BUKAN dari keturunan Sultan yang sebenar.

24. Daeng Abdul Rahman seorang keturunan Bugis yang berasal dari Kepuluan Sulawesi, Indonesia yang telah diberi kepercayaan  sebagai Temenggong atau Menteri Keselamatan oleh Sultan ketika itu telah belot terhadap Sultan yang melantiknya.

25. Tindakan beliau mengenepikan Sultan adalah hasil pakatan sulit beliau dengan pihak penjajah British.

26. Selepas meninggal dunia tempat beliau diganti oleh anaknya, Daeng Ibrahim sebagai penjaga Negeri Johor.

27. Daeng Abu Bakar Daeng Ibrahim pula dipilih menduduki jawatan Temenggong menggantikan bapanya yang telah meninggal dunia.

28. Gelaran Temenggong yang digunapakai mulai 2hb Februari 1862 telah ditukar kepada gelaran Maharaja Johor.


29. Mulai 13hb Februari 1886 atas permintaan Temenggong  Abu Bakar, Ratu Victoria atau Queen Victoria, Great Britian  bersetuju gelaran Maharaja Johor ditukar kepada Sultan Johor.


30. Cuba bayangkan  bagaimana  seorang pendatang Bugis yang pada mulanya menjadi orang kepercayaan Sultan sebagai Temenggong  akhirnya sanggup menggigit tangan yang menyuap makanan ke mulutnya; dari jawatan Temenggong akhirnya menjadi Sultan.

31. Beliau yang dilahirkan di Teluk Belanga, Singapura telah mendapat pelajaran awal dari sebuah sekolah yang diusahakan oleh British.

32. Gaya hidupnya yang lebih British dari British itu telah menyebabkan  beliau digelar Sir Albert Backer.

33. Perlembagaan Negeri Johor yang dibangga-banggakan oleh Sultan Ibrahim kini sebenarnya adalah Perlembagaan British yang diubah-suai bagi kepentingan Abu Bakar dan keturunannya sehingga sekarang.

34. Oleh kerana masa itu tidak wujud Dewan Negeri bagi membincangkan Perlembagaan tersebut, ditambah pula majoriti rakyat ketika itu adalah nelayan dan petani yang kais pagi makan pagi, maka segala kata Sultan mesti dipatuhi dan dilaksanakan tanpa soal jawab.

35. Bukankah selepas kesemua Sultan termasuk Sultan Johor, yang pada mulanya menentang Kemerdekaan Negara menandatangani Perjanjian Kemerdekaan, Perlembagaan dan Undang Persekutuan MENGATASI  segala undang - undang tubuh negeri?

36. Bagi menjaga kepentingan keluarga, beliau telah mengisytiharkan keturunan darah daging beliau akan terus menjadi Sultan Negeri Johor sehinggalah selagi ada bulan dan matahari.

37. Sir Albert Backer atau Sir Abu Bakar Daeng Ibrahim yang meninggal di kota London pada 4hb Jun 1895 hanya dikebumikan di Makam Di Raja Johor  3 bulan kemudian iaitu pada 7hb September dalam tahun yang sama - terserahlah kepada alim ulama khasnya Mufti memberi ulasan atau penjelasan  berhubung kelewatan mengkebumikan jenazah orang Islam itu.

38. Difahamkan keluarga  SEBENAR KETURUNAN   Sultan Johor masih berada tetapi atas sebab - sebab tertentu pihak media khususnya TIDAK DIBENARKAN menceritakan  perkara yang sebenar.

39. Terserahlah sama ada Sultan yang sekarang ini yang BUKAN dari darah Raja mahu mengundurkan diri atau sebaliknya, rakyat Johor boleh membuat keputusan memulihkan Sultan sebenar.

40. Hanya melalui pungutan suara atau referendum di kalangan rakyat Johor yang berhak membuat penentuan sama ada mahu berajakan seorang keturunan Bugis yang belot terhadap Sultan  atau mahukan seorang Sultan yang dari keturunan Raja yang sebenar.

41. Sultan dan keluarganya adalah TERTAKLUK  kepada Perlembagaan dan undang - undang Negara.

42. Bak kata Tun Mahathir, Perdana Menteri, sesiapa yang melakukan kesalahan termasuk mereka yang berada di istana pasti akan ditangkap dan dihukum.

43. Dengan amaran Perdana Menteri itu khusus kepada mereka yang terlalu celupar dan biadap, rakyat Johor TIDAK perlu takut mengeluarkan pandangan mereka terhadap Sultan yang BUKAN  BERDARAH  RAJA itu.

44. TANPA  RAKYAT  MAKA  TIDAK  ADA  RAJA.

45. Pedulikan mereka yang menjadi tali barut; mereka ini akan mengutuk, menakut-nakutkan rakyat yang dahagakan kebenaran.

46. Semoga Ibrahim dan anaknya  Ismail  mengambil tindakan mahkamah terhadap saya diatas tulisan ini, namun saya yakin 'Anak  Kambing Tidak Akan Jadi Anak Harimau’.

Terima Kasih.

Tamrin Tun Ghafar



My comments :

This reminds me of two things I have said before. 

1.  Victor Hugo said, "no power on earth can stop an idea whose time has come".

2.  History has proven time and again that in any fight between the people and the kings, the people always win.

So has the time come? 
And will the 'king' and the people get into a fight in Johor? 
Or over Johor? 
Or because of Johor.

Again there are two things to bear in mind.

1. Land grabs and big projects in Johor. 

The Sultan and his Crown Prince are harping on the fact (yes it is a fact) that "outsiders" or non-Johoreans are frequently harvesting the wealth of Johor.   

The Sultan has made it plain that his interest is only inside his own State of Johor. He has made it clear that it is not his interest nor his intention to "stick his nose" into affairs outside the State. 

The Sultan is not too happy that major "non Johorean" corporate players (for example like Tan Sri Syed Mokhtar Bukhari) have been given huge projects and franchises inside Johor (like the Senai Airport, the Port of Tanjong Pelepas etc.)  

In the age of 'political patronage' most obviously these huge projects were awarded based on who-you-know.  Not on what-you-know.  The Sultan's beef is very simple  'Why these outsiders?'

And this argument is still continuing. The latest flap in Johor is that huge ship-to-ship transfer hub project  (worth RM735 million).  This is a Federal government project which has bypassed the State government in Johor. 

My view on this part of the story is like this : no matter who gets these projects - whether Johoreans, outsiders or even the Sultan and the Royal House - it does not make much difference to the ordinary rakyat in Johor. Especially the Malay rakyat.

I am seeing now that whether it is the BN / UMNO in power or the Pakatan Harapan in power there seems to be no difference in the fate of the ordinary Malaysians, especially the Malays. 

The ordinary Malaysian, especially the ordinary Malay is still in the same spot. And here is my non-stop, incessant warning of the past umpteen  years - the Malays are actually falling back.

The Royal House can argue with the Federal government over things like the ship to ship transfer hub project till the cows come home. So what? The ordinary Malay is not going to become healthy, wealthy and wise overnite. Same old same old for them.

Only the big people are arguing over who should be getting the plums. 

(The exception I see is in the DAP ruled state of Penang where business is booming and the spinoffs are benefiting a lot of people - of all races).

The question is 'Does the Sultan and/or the Royal House have the right to question the award of these huge projects? This is big money that is involved. 

The answer is a yes and no. 

Lets take the 'no' first. No because most certainly everything is done according to the law. There is no way the Federal government is going to approve any project, in any State, without checking the Federal government's legal jurisdiction over such projects.

Yes only if 'political patronage' is involved. In my view Senai and PTP were political patronage.  Huge franchises and monopolies given to a favoured crony.  Plus there were other awards of projects through political patronage as well (in Johor). 

Minus merit and an open tender system, why him instead of her? 
Or why they instead of us? 
These are valid questions. 
I think that is what the Royal House is harping about.

I dont think this latest ship to ship transfer hub is a 'political patronage' project. The project promoters are private companies which must have done plenty of legwork, spent tidy sums of money on project consultants, preliminaries etc. They have partnered  (Hong Kong's?)  world class Hutchison Ports, which  I believe  is a major coup for the promoters as well as Malaysia.  The project is also open to international competition, the world economy and other market conditions.  They will need real business smarts to make a success of this project. 


2. The need for Federal Authority to rule ALL the States as part of one country Malaysia.

At the other end of the see-saw is the absolute requirement for the Federal Government to be able to develop the country  how it sees fit. If the Federal government cannot rule as it deems fit, then why have a Federal government at all? Why the need for a Malaysia at all?

(The issue of political patronage is an administrative problem that has to be sorted out by the voters through the ballot box. Like how we kicked out the BN after 62 years.) 

Back to the Federal government it cannot be seeking the green light of every State government for every Federal project that is undertaken. It is not only too late but totally out of sync for anyone to be questioning the legal and legitimate powers of the Federal government. The Federal government can only act through the Laws and the Federal Constitution which are already an established part of our system. 

My view is that we are too small a country (geographically) to have too much State power. My view is the States should ultimately lose their identities and all our people merge into one united Malaysian society. Including Sabah and Sarawak. 

The sooner this happens the better for all of us. The best and easiest way to make this happen is NOT to force things. 

Like trying to force feed the creation of a Malaysian culture.  You cannot force such things into being. Just maintain the peace, grow the economy, stop being a bloody hindrance to your neighbours, (please stop abducting your neighbours) and just let people be what they ant to be and in no time we will have a united Malaysian identity. 

This is really not a difficult thing to do at all. 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.