`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, January 23, 2021

CPI (Indeks Harga Barang) Menurun - Bukan Sebab Penjimatan Dalam Produktiviti Ekonomi Kita

 

https://www.thesundaily.my/local/malaysia-records-cpi-registered-deflation-after-decades-midf-research-DB6267115

  • KL: pandemic pushed Consumer Price Index (CPI) to drop 1.2% in 2020
  • a fall never observed for decades, said MIDF Research
  • last time deflation in CPI was in 1965 with tepid fall of -0.1% 

2020 deflation result of Covid, suppressed demand, sluggish oil prices

Food, non-alcoholic beverages grew 1.3% (2019: 1.7%) 
non-food prices decreased 2.3% (2019: 0.2% )

  • decline in Producer Price Index (PPI), leading indicator for CPI 
  • inflationary pressure from producer’s cost will be subdued into early 2021
  • PPI decreased 3.0% in Nov 2020, 9th straight month of deflation
  • revised CPI inflation forecast downward to 1.8% in 2021

  • electricity rebates 
  • new vehicle sales tax exemption 

moderated CPI, below initial estimate of 2.2% 

MCO affects consumption

-Bernama

Comments :

Pendek kata harga barang keseluruhannya menurun. Tuan-tuan setuju ke penemuan oleh MIDF ini?

Memang benar bahawa potongan sales tax telah menurunkan harga kereta (sangat sedikit sahaja) tetapi potongan cukai sales tax tidak mencerminkan penambahan produktiviti atau eficiency dalam ekonomi negara yang bantu kurangkan kos pengeluaran dan seterusnya kurangkan harga jualan. Ia hanya potongan cukai.  

Begitu juga dengan potongan harga bil letrik sebab dalam negara kita pembekal letrik adalah TNB ia itu monopoli GLC yang mana pemegang saham utama adalah kerajaan. Maka kerajaan mampu mengarah TNB untuk membayar rebat bil letrik dsbnya. Ianya bukan sebab TNB berjaya kurangkan kos pengeluaran mereka. There is no increment in productivity. 

Tetapi :  non-food prices decreased 2.3% (2019: 0.2%)

Ini termasuk pengurangan harga barang elektrik, alat dapur, alat mekanikal dan mesin, jentera, barang pembuatan kilang dsbnya yang diimpot ke dalam negara kita, bahagian yang terbesar sekali ialah dari negeri Cina (our largest trading partner). Jadi oleh kerana pengeluar di negeri Cina dapat jimatkan kos pengeluaran mereka (juga atas sebab permintaan lembap akibat Covid) maka mereka kurangkan harga jualan.

Sepertimana dulu kita pernah kena 'imported inflation' maka sekarang kita kena pula 'imported deflation'.  Sekali lagi bukan sebab ekonomi negara kita yang telah mengalami peningkatan produktiviti atau pengurangan kos pengeluaran yang memberi kesan besar (untuk turunkan harga barang).   
 
Bagi saya perkara yang membimbangkan ialah walaupun CPI pada keseluruhannya dianggap telah menurun tetapi harga barang makanan dan minuman pula naik 1.3% pada 2020. Kenapa pula begitu?

Food, non-alcoholic beverages grew 1.3% (2019: 1.7%) 

Negara kita masih mengimpot terlalu banyak barang makanan dari luar negara termasuk beras, bahan asas untuk industri makanan, daging, ikan dan banyak lagi.

Pada hal negara kita sangat kaya dengan sumber tani (tanah yang subur, air, sungai, lautan untuk perikanan) yang jauh melebihi sumber pertanian negara lain.   

Dan setiap tahun kita membuat peruntukan besar untuk pertanian dan kaum tani termasuk bantuan tunai dan sabsidi yang masih berterusan. Jelas sekali bantuan yang di beri itu tidak bantu menambahkan pengeluaran bahan makanan dalam negara kita. Sebab itu juga harga barang makanan makin naik. We do not have enough food producers.

Seringkali bantuan yang diberi kepada kaum tani adalah wang tunai ataupun mempunyai cash value yang sasarkan untuk meringankan beban kewangan kaum tani. Tidak semestinya bantuan yang diberi itu semestinya menambahkan produktiviti pertanian mereka. 

Pada zaman Badawi dulu Kerajaan memberi sabsidi tunai bagi nelayan bumiputera beli minyak diesel. Apa yang berlaku ialah ramai juga nelayan yang telah jual minyak diesel yang murah kepada nelayan bukan Melayu dan nelayan asing untuk harga sepenuhnya. Maka mereka menjadi kaya daripada menjual minyak diesel "sabsidi" pula.  

Dan oleh kerana ada nelayan dapat duit 'cepat kaya' mereka tidak mahu keluar untuk menangkap ikan pun. Why should they, they already earned enough from jual minyak diesel.   

Jadi ekonomi kita terpaksa tanggung banyak kerugian lagi. Pertama sekali duit rakyat yang diperuntukan untuk bayar sabsidi tidak kena sasaran. Money was wasted. Kedua peningkatan produktiviti (penangkapan ikan) tidak jadi. Sebaliknya penangkapan ikan mungkin telah berkurangan. Akhir sekali harga ikan pun naik. 

Di Melaka dulu saya pernah melawat seorang pengusaha bangsa Cina yang membela ikan tilapia dalam kolam untuk dijual di pasaran tempatan. Uncle itu berjaya bela ikan tilapia dengan kos dan harga jualan yang berpatutan. Dia membeli sisa buangan perut ayam, perut ikan dan sisa buangan lain daripada pasar untuk diberi makan kepada ikan tilapia. Malangnya Uncle itu diganggu oleh penguatkuasa agama di negeri itu yang meletakkan pelbagai syarat pula. Penguatkuasa agama itu mendesak pengusaha Cina itu hanya memberi makan sisa perut ayam yang disembelih secara Islam oleh orang Islam. Uncle Cina itu pun jadi binggung. Dia kata 'Saya beli sisa perut ayam, perut ikan dalam tong. Macam mana saya boleh tahu  perut ayam itu orang Islam sembelih atau siapa sembelih?' 

Pada hal ikan patin buah di negeri Pahang (yang hidup dalam sungai) makan bangkai gajah, bangkai babi hutan dan apa jenis bangkai binatang yang hanyut dalam sungai. (Mungkin sebab itu ikan patin buah boleh dijual sampai harga RM60.00 se kilo)

Pihak penguatkuasa agama itu telah meletak syarat serupa Puteri Gunung Ledang mengenakan tujuh syarat yang tidak mampu ditunaikan oleh Sultan Melaka.

Akhir sekali Uncle Cina itu terpaksa berhenti membela ikan tilapia dan tukar kepada ikan siakap (barramundi) yang dia ekspot ke Singapura pula, tanpa sebarang gangguan oleh Majlis Ugama Islam Singapura (contohnya). Problem solved bagi Uncle Cina itu. Tetapi di negri Melaka pula supply ikan tilapia telah berkurangan. Tidak hairanlah jika harga ikan pun naik.
 
Jadi dalam negara kita sudah ada cukup sumber cahaya matahari yang cantik (yang tiada terhingga nilainya), air hujan dan air sungai,   sungai yang banyak, kolam, lautan yang penuh dengan ikan, tanah yang subur tahap ajaib, bukit, gunung, lembah, pokok, hutan, kebun, dusun dan semua sekali.  Percaya lah negara kita diberkati dengan limpah karunia Allah swt yang tanpa putus. 

Tetapi harga makanan masih mahal dan makin naik tinggi. Kenapa begitu?

Sebab kita adalah jaguh seantero dunia dalam membuat dasar pembangunan dan dasar ekonomi seolah kita adalah pesakit di Hospital Mental Tanjong Rambutan. Itulah sebabnya.  Kita belanja berbillion Ringgit, kita membuat peruntukan Bajet berpuluh bilion Ringgit tetapi produktiviti kita tidak menambah.

Sebab peruntukan duit berbilion Ringgit itu tidak dibelanjakan untuk menambah pengeluaran dalam ekonomi. Sebaliknya duit itu sering masuk terus dalam kocek orang. Buat apalah nak susah-susah ambil duit Kerajaan (wang rakyat) untuk dibuat kedai, lepas itu kena bangun awal pagi untuk ke kedai, kena jaga kedai, kena jaga customer, kena jaga kualiti, kena bersaing dengan orang sebelah dsbnya. Lebih senang ambil duit itu dan masuk terus dalam poket. Case closed.  

Dan bagi orang lain pula kita halang mereka daripada meningkatkan produktiviti mereka terutam sekali untuk mengeluarkan atau menyediakan barang keperluan rakyat marhaen. 

Pembela ikan diganggu pasal sisa perut ayam yang dimakan ikan bukan halal. Pekebun diganggu sebab orang kaya inginkan tanah yang sama. Penanam sayur diganggu dengan sewa tanah yang tertinggi dalam dunia sebab ahli Exco (YB Sharkar contohnya) tidak faham kira-kira untung rugi.  

Akhir sekali pengeluaran ekonomi negara terjejas. Kita terpaksa impot buah-buahan dari Thailand dan Cina, ikan dan ketam dari Indonesia, beras dari Vietnam, daging dari Australia dan banyak lagi lah. Harga barang makanan semuanya jadi mahal.

Setiap hari cahaya matahari yang cukup cantik menyinari bukit, kebun dan dusun, setiap hari hujan rahmat menyirami tanah yang subur dan mengisi sungai yang deras. Kita mempunyai segala sumber dan segala keperluan hidup. Tetapi harga makanan masih mahal.   

 Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili FMT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.