`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Thursday, May 26, 2022

Menghapus Orang Tengah : PM Ismail Sabri Perlu Faham Kita Tidak Boleh Buat Dasar Ekonomi Ajaib 'Ikut Acuan' Entah Apa

 Sekali lagi saya baca berita "unworkable economic policy" atau dasar ekonomi yang tidak terjumpa dalam sebarang teori ekonomi dunia atau dalam sebarang buku teks ekonomi.


 

  • KL May 19 — PM Sabri called for end to middlemen to control cost of living
  • PM said middlemen exploit farmers, fishermen, manipulate prices.
  • he waged ‘War Against Middlemen’ in 2014 while Minister of Agriculture
  • NAFAS must create padi purchasing, fruit collection centres
  • He announced govt abolished (AP) for staple foods with immediate effect.
  • allows all parties to import basic food and avoid monopolies — Bernama

My comments :

Mula sekali saya ingin nasihati PM Brader Ismail Sabri to be careful with your words. Sebagai Menteri atau Perdana Menteri Brader Ismail tidak patut guna perkataan seperti 'War against Middlemen' (perangi orang tengah) dsbnya. Nada bahasa seperti ini boleh menghasut fikiran orang yang kurang siuman atau golongan yang low IQ untuk melakukan perkara yang tidak senonoh. 

Ok, kalau all parties boleh import basic food kenapa pula impot beras masih ada orang tengah yang pegang AP dan orang tengah yang diberi lesen monopoli impot beras? Beras itu adalah basic food. 

AP beras dan lesen monopoli itu adalah orang tengah juga.  Cuma bezanya pemegang AP adalah orang tengah yang tidak membuat apa jenis sumbangan positif pun kepada produk atau barang niaga itu. They contribute ZERO value added.

Saya juga ingin tanya Brader ismail Sabri "Who told you that middlemen are bad?" Siapa kata 'orang tengah' itu adalah tidak baik atau pengacau atau zalim atau perlu diperangi? 

Ini ikut teori ekonomi dunia yang mana satu? Atau ikut teori buku Business Management yang mana satu? Brader Ismail Sabri, where did you hear that kita kena hapuskan 'middlemen'? 

Ikut lojik Brader Ismail Sabri, maka pasar dan supermarket pun adalah orang tengah juga. Sebab kalau supermarket dan pasar beli ikan dan sayur terus daripada nelayan dan petani pun, kita sebagai pengguna masih perlu ke pasar dan supermarket untuk beli ikan dan sayur itu.  Supermarket dan pasar pun orang tengah juga. 

Ataupun ikut lojik Brader Ismail, untuk kurangkan kos belanja hidup, lebih baik ibu-ibu dan suri rumah yang mahu beli ikan pergi sendiri menunggu bot nelayan di Mersing. Atau Lukut. Atau pergi sendiri ke kebun sayur di Cameron Highlands untuk beli sayur.  Untuk  menghapuskan orang tengah.   PM Sabri called for end to middlemen to control cost of living.  Baru cost of living akan menurun.

Tuan-Tuan nak tahu sedikit rahsia mengenai niaga pasar tak? Ada juga pemborong ikan dan pemborong sayur  (orang tengah lah) yang juga menjadi peruncit di pasar. In fact salah sebuah supermarket yang terbesar dalam negara kita sekarang sebenarnya mereka juga adalah wholesaler ikan, ayam, daging dan sayur.  Dan disamping supermarket mereka masih menjalankan perniagaan borong mereka. This is business. 

Tetapi orang tengah atau middleman mempunyai peranan value added yang sangat besar. Kalaulah petani kobis di Cameron Highlands menghasilkan lima lori kobis  takkan petani kobis itu nak pergi sendiri ke pasar Selayang untuk menjual lima lori kobis itu. Memang dia tahu tanam kobis tapi itu bukan bermaksud dia tahu jual kobis di pasar Selayang atau pasar Serdang. 

Lepas itu. tidak ada pasar dalam negara kita yang boleh jual lima lori kobis dalam sehari. Jadi terpaksalah dihantar satu atau dua lori kobis ke Kuala Lumpur, satu lori ke Pulau Pinang, satu lori ke Johor dsbnya. Di sinilah terletaknya peranan besar wholesaler atau pemborong atau orang tengah. Wholesaler Kuala Lumpur akan beli satu atau dua lori, wholesaler Pulau Pinang akan ambil satu lori dsbnya. 

Jadi petani yang tanam kobis tak payah risau sangat di mana dan macam mana nak jual kobis yang dia hasilkan itu. Dia fokus untuk tanam kobis saja. Biar wholesaler atau pemborong kobis risau pasal risiko menjual kobis itu.   Wholesaler Pulau Pinang akan ambil risiko berapa lori kobis dia boleh jual, wholesaler dari Ipoh akan ambil risiko berapa lori kobis dia boleh jual dsgnya. Jadi inilah antara peranan orang tengah atau pemborong atau wholsesaler. 

Kalau tayar lori pancit, lori kobis jatuh ke dalam gaung, kobis jadi busuk, pasar borong ditenggelami banjir kilat dsbnya semua itu adalah risiko yang ditanggung pemborong atau orang tengah. Pekebun dan petani yang tanam kobis tak payah risau risiko itu semua. Dia hanya fokus kepada menanam kobis.

Begitu juga dengan barang pengguna buatan kilang. Katakan kilang kicap Haji Deris di Kampong Yan di Kedah boleh mengeluarkan say 2,000 botol kicap sebulan. Takkan Haji Deris boleh jual 2,000 botol kicap sebulan terus kepada pengguna. Atau dia boleh jual 2,000 botol kicap kepada satu kedai runcit atau kepada satu supermarket. Tak boleh. Dia akan terpaksa jual kesemua 2,000 botol kicap kepada beberapaa pemborong atau wholesaler. Pemborong dari Perak mungkin akan beli 200 botol, pemborong dari Kedah mungkin akan beli 200 botol, pemborong Kuala Lumpur mungkin akan beli 400 botol dsbnya. 

Pemborong juga kena keluarkan duit untuk beli van atau lori. Dia kena bayar gaji pemandu lori. Pemborong kena bayar sewa gudang untuk simpan botol kicap dan barang lain. Pemborong kena upah salesman dan pemandu van lagi untuk pi jual kicap Haji Deris kepada supermarket dan kedai runcit. 

Jadi pemboronglah yang akan ambil kesemua risiko untuk menjual kicap buatan Haji Deris di KL, Ipoh, Johor dsbnya.  Haji Deris tidak perlu risau dan tidak perlu tahu pun kedai mana, supermarket mana di Pahang atau Negeri Sembilan yang akan menjual kicap dia. Itu adalah risiko dan tanggungjawab pemborong. 

Jadi pemborong atau wholesaler (orang tengah) mainkan peranan yang sangat besar dalam hampir semua jenis perniagaan.

Dan kita tidak boleh marah pemborong atau orang tengah atas sebab perkauman. Ramai petani adalah Melayu dan ramai wholesaler pula Cina tetapi kita tidak boleh marah orang tengah sebab mereka adalah Cina. 

Jika pemborong "menekan" kaum petani cara untuk mengatasi masalah itu adalah dengan menambahkan lagi bilangan pemborong - tak kira bangsa apa pun. Sebab lagi ramai pemborong atau orang tengah maka mereka akan terpaksa berebut untuk beli sayur, ikan, ayam dan kambing daripada nelayan, petani dan peladang. Bila mereka terpaksa berebut maka mereka terpaksa bayar harga yang lebih kepada petani dan nelayan.  Jadi untuk mengawal kos barang dalam ekonomi kita, kita perlu menambahkan kuasa saing atau competition dalam ekonomi kita. The economy must be price competitive.

Brader Ismail Sabri telah pun "declare War on Middlemen" sejak 2014. Lapan tahun telah berlalu. Habis apa sudah jadi dengan "declare war" itu? Hari ini 2022 harga barang keperluan masih naik gila.  Declra War bukan cara mengatasi masalah apa pun.

Kalau betul-lah PM Brader Ismail Sabri nak tolong orang miskin, nak tolong rakyat marhaen mengurangkan kos sara hidup, maka hapuskan saja AP impot beras dan hapuskan lesen monopoli beras. Hapuskan semua jenis AP. 

AP itu tidak ada 'value added' langsung. AP, lesen monopoli, lesen oligopoli hanya menguntungkan sedikit orang kaya tetapi menzalimi dan merugikan 33 juta penduduk negara.

Kalau niat betul. kita tidak perlu pikir panjang pasal perkara ini. 

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.