`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Thursday, December 8, 2022

Polis terima 220 laporan skim Zuttelo, kerugian lebih RM84 juta

 

Polis berkata berdasarkan siasatan kegiatan pelaburan itu mula aktif sejak 2020 sehingga laman web syarikat tersebut ditutup sekitar Ogos tahun ini.

KUALA LUMPUR: Polis menerima 220 laporan berhubung skim penipuan Zuttelo melibatkan kerugian keseluruhan berjumlah RM84,579,831.76 sejak Ogos lalu.

Setiausaha Polis, Noorsiah Mohd Saaduddin, berkata pihaknya menerusi Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) sedang menyiasat sindiket itu yang dikesan aktif menjalankan kegiatan penipuan di seluruh negara sejak dua tahun lalu.

“Berdasarkan siasatan, kegiatan pelaburan ini mula aktif sejak 2020 sehingga laman web syarikat tersebut ditutup sekitar Ogos tahun ini.

“Skim pelaburan ini menawarkan sembilan pakej pelaburan dengan jumlah pelaburan antara USD630 hingga USD12,700 dengan setiap pelabur dijanjikan pulangan minimum sebanyak 16.5% sebulan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, pelabur yang berminat perlu mendaftar melalui aplikasi www.8liga.net dan diberi pilihan sama ada melabur dalam bentuk wang tunai atau mata wang kripto.

Noorsiah berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan polis mengingatkan orang ramai sentiasa berwaspada serta melaksanakan semakan lebih terperinci daripada sumber rasmi seperti Semak Mule, alert list Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia sebelum membuat keputusan untuk menyertai apa jua skim pelaburan.

Sebelum ini, Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia Hishamuddin Hashim mendakwa sindiket penipuan pelaburan itu sudah menjerat kira-kira 10,000 mangsa dengan kerugian kira-kira RM3 bilion dalam tempoh dua tahun lalu. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.