`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Saturday, May 6, 2023

Pekerja Bangladesh maut tersepit dalam mesin

 

Anggota bomba cuba mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam mesin penarik fiber di sebuah kilang di Shah Alam. (Gambar JBPM)

PETALING JAYA: Seorang pekerja warga Bangladesh maut selepas tersepit dalam mesin penarik fiber di sebuah kilang di Jalan Kemuning, Shah Alam pagi tadi.

Md Suruj Ali, 21, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah kira-kira 7 pagi.

Ketua Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Zulfikar Jaffar, berkata 10 anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada 7.06 pagi.

Ads by Kiosked

“Berdasarkan maklumat awal, lelaki berkenaan dipercayai tersepit pada mesin penarik fiber ketika bekerja.

“Bomba mengambil masa 10 minit bagi mengeluarkan mangsa dari mesin berkenaan. Mangsa yang parah disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan,” katanya menurut Harian Metro.

Beliau berkata, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.