`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, July 9, 2023

Ketua Wanita DAP tegas kerajaan tak sokong LGBT

 

Ketua Wanita DAP Chong Eng berkata kerajaan perpaduan tidak menyokong golongan lesbian, gay, biseksual, dan transgender. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Kerajaan tidak menyokong golongan lesbian, gay, biseksual, dan transgender (LGBT), tegas ketua Wanita DAP selepas tular di media sosial tentang perkahwinan sejenis seorang perempuan yang dikaitkan dengan parti itu.

Chong Eng berkata perempuan terbabit difahamkan berada di Amerika Syarikat selepas lama meninggalkan Malaysia, dan tidak lagi mewakili DAP selepas berundur dari politik.

“Kita juga tidak mengetahui apa-apa (perkara peribadi) yang dilakukan dia selepas pergi ke negara itu.

“Ingin saya tegaskan bahawa kerajaan sekarang juga tidak menyokong LGBT dan janganlah guna isu ini sebagai modal politik,” katanya menurut Berita Harian.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas suatu majlis rapat umum di Seberang Jaya, Pulau Pinang.

Menurut laporan itu, baru-baru ini tular di media sosial tentang perkahwinan sejenis dua wanita, yang dipapar bersama di sebuah inap desa di Pulau Pinang.

Majlis Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) juga dilaporkan akan menyiasat dakwaan berkenaan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.