`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, July 9, 2023

UMP beri cuti, UKM mudahkan urusan pelajar balik mengundi

 

Minggu lalu SPR mengumumkan hari pengundian PRN bagi enam negeri akan dilaksanakan serentak pada 12 Ogos.

PETALING JAYA: Universiti Malaysia Pahang (UMP) akan memberikan pelepasan kuliah kepada pelajar untuk pulang mengundi pada PRN 12 Ogos nanti.

Makluman mengenai perkara itu akan dibuat dalam masa terdekat, kata Naib Canselor Yuserrie Zainuddin.

Beliau berkata, langkah itu diambil pihak universiti agar pelajar dapat menunaikan tanggungjawab kepada negara dan memupuk sifat prihatin terhadap sistem pentadbiran serta pembentukan kerajaan berdemokrasi.

“Pihak pengurusan universiti mempertimbangkan pelepasan kuliah bagi memberi ruang pelajar untuk kembali melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai rakyat,” katanya menurut Sinar Harian.

Minggu lalu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan hari pengundian PRN bagi enam negeri akan dilaksanakan serentak pada 12 Ogos.

Sementara itu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) tidak merancang menghantar pelajar pulang sempena PRN.

Bagaimanapun, Naib Canselor UKM, Mohd Ekhwan Toriman, berkata Pusat Hal Ehwal Pelajar (HEP) akan memudahkan urusan pelajar pulang bagi memastikan mereka dapat menjalankan tanggungjawab mengundi.

“Proses permohonan untuk pelajar pulang akan dilaksanakan dengan baik mengikut prosedur ditetapkan pihak universiti,” katanya.

“HEP akan memudahkan urusan permohonan balik mana-mana pihak, termasuk agensi kerajaan negeri yang menyediakan pengangkutan bagi mahasiswa pulang mengundi. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.