`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, September 27, 2023

Rasuah seludup daging sejuk beku, pemilik syarikat direman

 

Suspek dipercayai melakukan penyeludupan daging sejuk beku menerusi pintu sempadan Bukit Kayu Hitam sejak awal tahun ini, kata sumber SPRM. (Gambar Bernama)

ALOR SETAR: Seorang pemilik syarikat logistik direman tiga hari bermula hari ini kerana dipercayai memberi rasuah kepada pegawai agensi penguat kuasa semasa melakukan aktiviti penyeludupan daging sejuk beku dari negara jiran.

Sumber memaklumkan lelaki berusia lingkungan 40-an itu ditahan 11 malam semalam di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah, selepas diminta hadir bagi membantu siasatan.

“Perintah reman selama tiga hari bermula hari ini sehingga 29 Sept dikeluarkan Majistret Nurshahida Abdul Rahim selepas pihak SPRM membuat permohonan tersebut di Mahkamah Majistret Alor Setar, pagi tadi,” menurut sumber.

Ads by Kiosked

Suspek dipercayai melakukan aktiviti penyeludupan daging sejuk beku menerusi pintu sempadan Bukit Kayu Hitam di Kubang Pasu sejak awal tahun ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kedah Rosley Mohamad Satar ketika dihubungi mengesahkan penahanan dan kes disiasat mengikut Seksyen 16 (b)(B) Akta SPRM 2009. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.