`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, May 6, 2024

Jatuh sakit di Azerbaijan, speaker Dewan Negara sambung rawatan di KL

 

Speaker Dewan Negara Mutang Tagal berada di Azerbaijan mengetuai delegasi Malaysia menghadiri Forum Dunia mengenai Dialog Antara Budaya yang berlangsung pada 1 Mei sehingga 3 Mei, apabila beliau jatuh sakit. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Speaker Dewan Negara Mutang Tagal kini menerima rawatan perubatan di sebuah hospital di sini susulan masalah kesihatan yang dialami ketika berada di Azerbaijan.

Mutang tiba di tanah air dari Azerbaijan pada 1 pagi tadi setelah berada di negara itu untuk lawatan kerja bermula 29 April dan pulang lebih awal daripada jadualnya.

“Senator mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak di Malaysia dan Azerbaijan yang membantu urusan rawatan beliau di negara itu dan urusan pulang ke Malaysia bagi mendapatkan rawatan lanjut,” menurut kenyataan daripada pejabatnya, lapor Bernama.

“Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih di atas ingatan serta doa untuk kesembuhannya dan menghargai ruang masa yang diberikan kepada beliau dan keluarga sepanjang tempoh rawatan ini.”

Mutang berada di Azerbaijan mengetuai delegasi Malaysia menghadiri Forum Dunia mengenai Dialog Antara Budaya yang berlangsung pada 1 Mei sehingga 3 Mei di Baku.

Sebelum menghadiri forum tersebut, beliau melakukan kunjungan hormat ke atas Presiden Ilham Aliyev, Perdana Menteri Ali Asadov dan Speaker Milli Majlis Republik Azerbaijan Sahiba Gafarova, selain menghadiri mesyuarat dan taklimat oleh pemain industri di negara itu. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.