`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Sunday, February 9, 2025

Akan bincang dengan Zahid keputusan keahlian parti, kata Tengku Zafrul

 

zaf
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Zafrul Aziz berkata pengumuman rasmi akan dibuat hanya selepas beliau berbincang dengan Presiden Umno Zahid Hamidi. (Gambar Bernama)

SHAH ALAM
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Zafrul Aziz, berkata sebarang keputusan mengenai keahliannya dengan mana-mana parti akan dibincangkan bersama Presiden Umno, Zahid Hamidi, terlebih dahulu.

Beliau berkata, pengumuman rasmi perkara itu akan dibuat hanya selepas beliau berbincang dengan Zahid.

“Saya kena sampaikan kepada Datuk Seri Zahid terlebih dahulu,” katanya selepas menghadiri program amal Golf KITA 2025 di sini yang dirasmikan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Fadillah Yusof.

Baru-baru ini, timbul spekulasi Tengku Zafrul akan meninggalkan Umno selepas dikatakan tiada lagi masa depan politiknya dalam parti itu dan media turut melaporkan beliau pernah dipelawa menyertai PKR beberapa bulan lalu.

Sementara itu, Tengku Zafrul berkata, beliau sedia maklum dengan laporan media berhubung cadangan pihak tertentu supaya beliau dilantik duta besar Malaysia ke Amerika Syarikat selepas penggalnya sebagai senator berakhir Disember ini.

“Bagi saya, apa-apa pun jawatan yang diberi sekarang atau pada masa hadapan, itu terpulang kepada perdana menteri,” katanya sambil menambah fokusnya kini meneruskan tugas penting di kementerian, termasuk memainkan peranan dalam menjayakan komitmen Malaysia sebagai pengerusi Asean tahun ini. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.