`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Monday, February 10, 2025

IWK bantu cat, kosong tangki septik rumah OKU Taman Sinar Harapan

 

Free Malaysia Today
CEO IWK Narendran Maniam dan pengurusan syarikat menyerahkan katil hospital untuk penghuni Taman Sinar Harapan.

PETALING JAYA
Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK) baru-baru ini menganjurkan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) melalui inisiatif IWK Cares di Taman Sinar Harapan, Kuala Kubu Baharu.

Pada program Santuni Madani itu, sukarelawan Skuadron Pembetungan, 60 Rejimen Pakar Air RAJD (Askar Wataniah), pasukan pengurusan dan kakitangan IWK berganding bahu bergotong-royong memperbaik premis dihuni orang kurang upaya (OKU) pembelajaran itu.

Selain mengecat bangunan dikendalikan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Itu, dan mengosongkan tangki septik bagi penyelenggaraan, IWK turut menyumbangkan 10 katil hospital bagi keperluan penghuni.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) IWK Narendran Maniam berkata, pihaknya percaya program bersama komuniti itu bukan sahaja memberi kesan kepada alam sekitar tetapi kehidupan masyarakat.

Free Malaysia Today
Narendran Maniam (dua dari kanan) dan Ketua Pegawai Operasi IWK Mohd Taufik Salleh (tiga dari kanan) mengendalikan proses kosong tangki septik di Taman Sinar Harapan.

“Ini antara intipati program IWK Cares yang menyasarkan kesan sosial pada masyarakat mealalui pendidikan, pemeliharaan alam sekitar dan pembangunan komuniti selain selaras ini inisiatif Santuni Madani,” katanya dalam kenyataan.

Program itu turut memberi kesan peribadi kepada Narendran yang dibesarkan di lokasi berhampiran dan bersama keluarganya, menabur bukti di rumah terbabit.

Pada masa sama, IWK turut menyokong Petra Skuad Zon Selatan, inisiatif anjuran Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (Petra), bersama Ops Sedut IWK di Felda Ulu Penggeli, Kluang, Johor.

Majlis itu turut merangkumi demonstrasi pengosongan tangki septik bagi memberikan kesedaran tentang kepentingan perkhidmatan ini demi menjaga alam sekitar dan kesihatan awam.

Menerusi inisiatif terbabit, IWK mengajak semua pelanggan untuk mengambil bahagian dalam kempen Ops Sedut IWK dan menjadualkan perkhidmatan pengosongan tangki septik sekurang-kurangnya dua tahun sekali.

Penyelenggaraan dan pengosongan tangki septik berjadual dapat memastikan sisa kumbahan dirawat dengan cekap dan dilupuskan dengan selamat di samping mengurangkan risiko penyakit bawaan air. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.