`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Sunday, February 9, 2025

Mangsa banjir di Sabah meningkat, Sarawak menurun

 

banjir
Membakut menjadi daerah terbaharu di Sabah dilanda banjir petang semalam apabila seramai 160 mangsa daripada 53 keluarga dipindahkan ke satu pusat pemindahan sementara. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR
Jumlah mangsa banjir di Sabah yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) terus meningkat manakala Sarawak mencatatkan penurunan setakat pagi ini.

Di Sabah, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah memaklumkan jumlah mangsa banjir di negeri itu meningkat kepada 989 orang daripada 305 keluarga setakat 8 pagi berbanding 721 daripada 212 keluarga malam tadi.

Menurut kenyataan itu, Membakut yang mula dilanda banjir petang semalam menempatkan 160 mangsa daripada 53 keluarga di satu PPS.

“Sebanyak 538 orang (177 keluarga) ditempatkan di tiga PPS Beaufort, 278 orang (71 keluarga) di dua PPS Kinabatangan, dan 13 orang daripada empat keluarga di satu PPS di Tambunan. Trend pemindahan mangsa banjir di Beaufort meningkat manakala di Membakut, Tambunan dan Kinabatangan kekal,” menurut kenyataan itu.

Di Sarawak, jumlah mangsa banjir di negeri itu menurun kepada 2,465 orang berbanding 3,082 orang pada sebelah malam dengan 16 PPS masih beroperasi setakat 8 pagi ini.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak, jumlah mangsa di Bahagian Bintulu merekodkan penurunan kepada 1,099 orang berbanding 1,775 orang malam tadi manakala di Bahagian Mukah, bilangan mangsa berkurangan sedikit kepada 605 orang berbanding 607 orang malam tadi.

Jumlah mangsa juga agak menurun di Sibu kepada 423 orang berbanding 429 orang sementara di Miri pula meningkat kembali kepada 338 orang berbanding 271 mangsa pada malam tadi. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.