`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, April 14, 2025

Tewas pemilihan bahagian PKR, Adam mungkin perlu cari tapak politik baharu

Free Malaysia Today
Menyertai PKR pada 2021, Adam Adli bertanding di Parlimen Hang Tuah Jaya pada PRU15, menggantikan Shamsul Iskandar Akin yang dipindahkan ke Bagan Datuk.

PETALING JAYA
Kekalahan Adam Adli bagi jawatan timbalan ketua PKR Hang Tuah Jaya mungkin mengubah ‘dinamik dan masa depan politiknya’ terutama dalam penentuan kawasan bertanding pilihan raya, kata penganalisis politik.

Tawfik Yaakub dari Universiti Malaya (UM) berkata, pada PRU16, Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya itu mungkin perlu memberi laluan kepada Shamsul Iskandar Akin yang memenangi semula jawatan ketua PKR Hang Tuah Jaya, Sabtu lalu.

Tawfik Yaakub
Tawfik Yaakub.

Untuk rekod, Shamsul pernah mewakili Parlimen Hang Tuah Jaya selama dua penggal, namun dipindahkan ke Bagan Datuk pada PRU15 untuk berdepan Presiden Umno Zahid Hamidi sebelum tewas dengan majoriti 348 undi.

Menurut Tawfik, kedudukan Shamsul sebagai pegawai kanan perdana menteri Anwar Ibrahim mungkin menguatkan lagi pergerakan politiknya untuk kembali ke Parlimen Hang Tuah Jaya.

“Bagi saya Adam perlu mencari tapak politik baru dalam parti seperti pulang ke negeri asalnya di Pulau Pinang,” katanya kepada FMT mengulas masa depan ketua Pemuda PKR itu yang tewas pada pemilihan peringkat bahagian.

Timbalan menteri belia dan sukan itu memperoleh 791 undi berbanding lawannya Zamzizul Nordin yang memperoleh 1,905 undi.


Shamsul pula menewaskan Mohd Rafee Ibrahim, ‘rakan regu’ Adam bagi jawatan ketua PKR Hang Tuah Jaya.

Rafee yang menyandang kerusi itu menerima 736 undi berbanding Shamsul dengan 1,995 undi.

azmi hassan
Azmi Hassan.

Bagaimanapun, Felo Majlis Profesor Negara Azmi Hassan pula berpendapat ‘nasib’ Adam itu mungkin boleh berubah jika beliau boleh memenangi salah satu kerusi Majlis Pimpinan Pusat (MPP) pada pemilihan 24 Mei depan.

“Memang kekalahannya boleh beri kesan kepada kedudukan Ahli Parlimen pada PRU16 tetapi beliau akan berdepan satu lagi pertandingan di peringkat pusat.

“Namun cabaran menang MPP lagi hebat, di Hang Tuah Jaya beliau tidak dapat menarik sokongan ahli akar umbi PKR,” katanya.

Pada 8 Mac lalu, Adam mengesahkan akan bertanding kerusi MPP untuk meneruskan khidmatnya dalam parti selepas melebihi had usia bagi memegang jawatan ketua Pemuda dimenanginya tiga tahun lalu.

Bekas aktivis pelajar itu menyertai PKR pada 2021 dan pernah memperjuangkan pelbagai isu seperti pembiayaan bagi pengajian peringkat tinggi. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.