`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, April 16, 2025

Kestabilan sebenar bila mampu urus perbezaan, kata Salleh

Salleh Said Keruak
Adun Usukan Salleh Said Keruak, berkata negara menyekat suara rakyat mungkin nampak tenang, namun kestabilan itu lazimnya rapuh dan mudah runtuh. (Gambar Wikipedia)

PETALING JAYA

Kestabilan negara tidak bergantung kepada ‘satu pandangan’ semata, tetapi terbina dengan kemampuan mengurus perbezaan, kata seorang pemimpin Sabah.

Adun Usukan Salleh Said Keruak, berkata negara menyekat suara rakyat mungkin kelihatan tenang, namun kestabilan seumpama itu lazimnya rapuh dan mudah runtuh bila tekanan memuncak.

Beliau yang juga bekas menteri komunikasi dan multimedia, berkata kestabilan sebenar datang daripada kepercayaan rakyat terhadap sistem adil, yang membenarkan suara berbeza didengari dan dihormati.

“Kita selalu fikir kestabilan bermakna tiada konflik. Tapi hakikatnya, kestabilan ialah bila kita ada sistem yang adil untuk menyelesaikan perbezaan secara aman,” katanya dalam kenyataan.

Salleh yang juga bendahari Umno Sabah, berkata perpaduan bukan bermaksud semua rakyat mesti ‘dalam arah yang sama’, sebaliknya berkongsi matlamat seperti keadilan, keamanan, dan kemajuan.

Tambahnya, banyak negara di dunia berjaya membina kestabilan walaupun rakyatnya berbeza agama, kaum atau ideologi politik kerana mereka memilih menumpukan perkara menyatu, bukan memecahkan.

“Negara yang benarkan perbezaan dan memiliki institusi yang kukuh lebih tahan lama. Kestabilannya datang daripada kepercayaan, bukan ketakutan,” katanya.

Salleh turut menekankan asas kepada kestabilan jangka panjang ialah kebebasan bersuara, undang-undang yang adil, dan sikap bertanggungjawab dalam kalangan semua pihak.

“Perpaduan terbina apabila kita sedia mendengar, menghormati pandangan berbeza, dan mencari titik persamaan demi kebaikan bersama.

“Seperti peribahasa Melayu, buluh seikat lebih kuat daripada sebatang. Walaupun kita berbeza latar belakang, bila bersatu dan saling menyokong, kita jadi lebih kuat dan sukar digoyahkan,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.